• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:03 pm
  • 20/02/2020
  • Komen
Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah mengumumkan akan membawa telefon pintar Honor 9X Pro ke Malaysia tidak lama lagi. Tetapi hari ini mereka telah berkongsi spesifikasi penuh serta gambar berkenaan telefon baru ini.

Cip Kirin 810 sebelum ini telah diperkenalkan bersama dengan Honor 9X di China, tetapi diganti dengan Kirin 710f di Malaysia. Ia kini tampil pertama kali di Malaysia melalui Honor 9X Pro.



Di Malaysia, hanya satu varian yang diperkenalkan. Ia datang dengan RAM DDR4 6GB dan storan dalaman 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 512GB.

Skrinnya berukuran 6.59-inci HD Penuh jenis LCD, tanpa takuk dan lubang. Ini kerana ia menggunakan modul kamera pop-up yang boleh menyembunyikan kamera hadapan. Pengimbas capjarinya terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.



Kamera belakangnya dipertingkat ke kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera pop-up hadapan pula 16MP F2.2.

Telefon ini dipasang dengan bateri 4,000mAh dengan pengecasan 10W melalui USB-C, tiada sokongan pengecasan pantas.

Perkara paling penting perlu diketahui tentang telefon ini adalah ketiadaan Google Mobile Services.. Honor 9X Pro adalah telefon pertama dari Honor dengan Huawei Mobile Services (HMS) seperti Huawei Mate 30.

Bermakna, tiada Google Playstore dan tiada aplikasi Google seperti Youtube, Mail, Maps, Drive dan lain-lain. Honor 9X Pro akan menjalankan Android 9 bersama antaramuka EMUI 9.1.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Honor 9X Pro di Malaysia masih belum diketahui. Dijangka selepas ia dilancarkan di Barcelona, Sepanyol pada 24 Februari. Anggaran harga juga sukar dijangka, perlu tunggu selepas pelancaran di Barcelona.

Tags: honorHonor 9X Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia

Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia

20 February 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN