Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme C3 sah datang ke Malaysia pada 3.3

Persoalan tentang adakah Malaysia akan menerima Realme C3 versi India atau Indonesia, kini telah terjawab. Hari ini, Realme Malaysia telah memuat naik poster yang mengumumkan tarikh pelancaran Realme C3 di Malaysia.

Realme C3 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Mac 2020 dan bersamanya telah dikepilkan gambar. Ia jelas menunjukkan Realme C3 di Malaysia akan datang dengan 3 kamera belakang dan pengimbas capjari. Bermakna model lebih baik yang sama seperti di Indonesia, bukan India.

Di Indonesia, Realme C3 dijual pada harga harga IDR1.699.000 (~RM516) dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Tetapi khas untuk pembeli terawal, ia diberi diskaun IDR150.000 menjadikan harganya cuma IDR1.549.000 (~RM470).

Memandangkan harga jualan Realme C3 di Indonesia sama dengan Realme C2 ketika dilancarkan tahun lepas, iaitu IDR1.699.000, maka kami jangka harga jualannya di Malaysia juga boleh kekal sama iaitu RM499.

Realme C3 dikuasakan oleh cip disasarkan untuk grafik dari Mediatek, Helio G70 yang baru. Menurut Realme, ia menerima markah di AnTuTu lebih tinggi dari Snapdragon 665 di Redmi Note 8. Ia juga adalah telefon pertama dari Realme yang menggunakan antaramuka Realme UI, berasaskan Android 10.

Skrin telefon ini berukuran 6.5-inci bertakuk kecil, dengan resolusi hanya HD+. Bateri di dalamnya sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W melalui mikroUSB.

Terdapat tiga kamera di belakangnya iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera makro F2.4 dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula ialah kamera 5MP F2.4.

Telefon ini turut datang dengan tiga slot kad, iaitu dua slot untuk kad sim dan satu slot kad mikroSD. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm. Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C3, merah dan biru. Ia memiliki kemasan matte dengan warna gradien seakan pancaran cahaya matahari.

BACA  Tiada lagi DNA gamers dalam Realme 7 Pro

Dengan bajet RM500, ia boleh menjadi salah satu pilihan terbaik. Jangan lupa nantikan pelancarannya pada 3 Mac, mungkin ada promosi yang diumumkan seperti di Indonesia, iaitu diskaun hampir RM50.

Sumber: Realme