Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme X50 Pro 5G akan dikuasakan Snapdragon 865 5G bersama lumut dan karat

Realme akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka, Realme X50 Pro 5G pada 24 Februari 2020, di Madrid, Sepanyol selepas acara MWC 2020 dibatalkan di Barcelona. Satu laman mikro telah dibangunkan yang akan memaparkan siaran langsung majlis pelancaran tersebut.

Dalam laman mikro tersebut, Realme turut berkongsi beberapa perkara yang akan ada di telefon pintar baru ini. Ternyata, ia memiliki banyak naik taraf berbanding Realme X50 5G yang telah dilancarkan di China awal tahun ini.

Sebagai telefon kelas flagship, X50 Pro 5G akan dilengkapi kuasa Snapdragon 865 5G, yang menyokong rangkaian 5G dwi-mod. Ia juga dibekalkan dengan pengecasan pantas SuperDart Charge 65W, tetapi tidak pula dinyatakan kapasiti baterinya.

Selain itu, X50 Pro 5G akan menggunakan skrin AMOLED 90Hz, berbeza dengan X50 5G yang menggunakan skrin LCD 90Hz. Untuk kamera pula, terdapat enam kesemuanya. Dua kamera di hadapan yang terletak di dalam lubang di skrin dan empat kamera di belakang. Spesifikasi kamera ini belum dikongsi tetapi menyatakan ia boleh mengezum sehingga 20x.

Satu perkongsian di laman weibo Realme, ia menyatakan kamera hadapannya menggunakan kamera 32MP dengan kamera kedua ultra lebar dengan sudut pandang 105-darjah. Ia berbeza dengan X50 5G yang menggunakan kamera hadapan utama 16MP dan kamera ultra lebar 8MP.

Realme turut menyatakan X50 Pro 5G akan datang dalam dua warna, iaitu merah karat dan hijau lumut. Ini bukan perkara baru buat Realme kerana mereka sering menggunakan alam sekitar sebagai tema warna. Seperti batu bata dan simen di Realme X2 Pro, serta besi di Realme X50 5G.

Spesifikasi yang dikongsikan ini dilihat sudah cukup menarik kerana ia memiliki prestasi tinggi. Tetapi berapakah pula harganya kelak? Adakah ia akan melebihi X2 Pro yang berharga RM2,399 di Malaysia?

BACA  Kerajaan mahu perkenal caj perkhidmatan beli-belah online untuk perangi scammer

Sumber: GSMArena, Realme