• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate Xs Diumum Dan Nampak Seperti Peranti 5G Paling Praktikal Setakat Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:26 am
  • 25/02/2020
  • Komen
Huawei Mate Xs Diumum Dan Nampak Seperti Peranti 5G Paling Praktikal Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Siri telefon boleh lipat Huawei Mate X kini telah terima ahli baru yang katanya telah ditambah baik. Keyakinan terserlah apabila mereka berani meletakkan Tarikh jualan Mate Xs iaitu seawal Mac 2020 pada harga yang lebih tinggi daripada model yang digantikannya. Mate X, telefon boleh lipat pertama Huawei dilancarkan dalam tahun 2019 ada tanda harga EUR2,300 manakala Mate Xs pada harga EUR2,500 (RM11,488).

Perbezaan sebanyak EUR200 ini tentunya perlu diterjemah kepada produk yang nyata lebih baik.



Memang ada tambah baik. Tambah baik tersebut dibuat pada tempat yang sepatutnya. Walaupun fizikaliti antara Mate Xs dengan Mate X adalah sama, Huawei memaklumkan yang engsel telefon ini kini 30% lebih lasak bagi berikan hayat komponen yang lebih panjang.

Perubahan yang kedua mungkin tak nampak dek mata. Kirin 980 bersama-sama modem 5G Balong 5000 telah ditukar dengan SoC Kirin 990 5G. Manfaat penggunaan SoC yang lebih segar ini adalah ia diintegrasikan terus dengan model 5G. Bukan saja ruang boleh dijimatkan, malahan compatibility telefon ini dengan rangkaian 5G global jadi lebih selamat.



Menurut Huawei, Mate Xs menyokong semua piawaian 5G yang ada sekarang, sama ada SA atau NSA, dan lebih baik, anda tak perlu risau telefon tidak mampu membaca frekuensi 5G kerana semua jalur frekuensi pancaran 5G disokongnya.

Selain fizikaliti, Huawei dikesan melebihkan fokus pada pembangunan perisian Android pada Mate Xs ini, lebih-lebih lagi selepas perlu bergantung sepenuhnya pada Huawei Mobile Services (HMS). EMUI 10 yang didukung telefon ini ada beberapa fungsi menarik bagi memanfaatkan ciri boleh lipatnya.

Misalnya, fungsi multitask bolehkan tetingkap APP ditindan antara satu sama lain. Praktikaliti multitask juga ditambah baik melalui APP multiplier.

PUBG rasa lebih “lapang” bila paparan terbuka sepenuhnya

Di bahagian pengimejan, Mate Xs miliki konfigurasi kamera yang hampir sama dengan Mate 30 Pro kecuali Mate Xs tidak hadir dengan kamera depan. Untuk kamera belakang, ia menggayakan konfigurasi kuadkamera belakang.

Kamera utama diberikan sensor 40MP manakala baki tiga kamera yang lain adalah 18MP ultralebar, 8MP telefoto, dan satu kamera 3D ToF.

Prospek yang ditawarkan Huawei Mate Xs adalah sangat meyakinkan. Namun, masih belum ada telefon boleh lipat Android yang dilancarkan tepat pada masa seperti yang dijanjikan pengeluarnya. Adakah Mate Xs akan melenyapkan tradisi tersebut?

Tags: Huaweihuawei mate xhuawei mate xs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Mate Xs Diumum Dan Nampak Seperti Peranti 5G Paling Praktikal Setakat Ini

Huawei Mate Xs Diumum Dan Nampak Seperti Peranti 5G Paling Praktikal Setakat Ini

25 February 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER