Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kejutan menanti pembeli awal Realme C3 di hari pelancarannya

Hari ini, Realme Malaysia mengumumkan akan mengadakan jualan awal Realme C3 pada hari pelancarannya, 3 Mac 2020. Acara pelancaran akan bermula pukul 2.30 petang manakala jualan awal ini akan bermula pukul 6 petang, di Stor Rasmi Realme di Shopee.

Jualan awal ini akan datang dengan kejutan buat pembeli. Tetapi Realme Malaysia merahsiakan dan akan mengumumkannya semasa pelancaran.

Untuk yang mahu mengetahui apakah kejutan tersebut, jangan lupa untuk menandakan pada kalendar anda tarikh 3 Mac 2020, hari Selasa pukul 2.30 petang. Siaran langsung pelancaran Realme C3 boleh ditonton menerusi Facebook Realme Malaysia dan YouTube Realme Malaysia.

Mungkin kejutan ini sama dengan yang diumumkan di Indonesia, di mana Realme C3 telah dilancarkan di sana minggu lepas. Dalam pelancaran tersebut, Realme C3 diumumkan berharga IDR1.699.000 (~RM516) dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Tetapi khas untuk hari pelancaran itu sahaja, ia diberi diskaun IDR150.000 menjadikan harganya cuma IDR1.549.000 (~RM470). Jika sama, mungkin Realme Malaysia juga mahu memberikan diskaun RM50 untuk pembeli terawal pada hari pelancaran kelak.

Realme C3 adalah satu telefon pintar kelas permulaan yang berkuasa tinggi. Ia menggunakan pemproses Mediatek Helio G70 bersama RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Skrinnya LCD berukuran 6.5-inci bertakuk kecil, dengan resolusi hanya HD+.

Bateri di dalamnya sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W melalui mikroUSB. Di belakang, ia ada pengimbas capjari bersama tiga kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera makro F2.4 dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula ialah kamera 5MP F2.4.

Realme C3 adalah telefon pertama Realme dengan sistem operasi Android 10, bersama antaramuka baru Realme UI. Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C3, merah dan biru. Ia memiliki kemasan matte dengan warna gradien seakan pancaran cahaya matahari.

BACA  Keputusan pelanjutan PKPP diketahui 28 Ogos 2020, 8 malam

Adakah Realme C3 akan dijual di bawah harga RM500 atau lebih dari ini? Sama-sama kita tonton majlis pelancarannya pada 3 Mac kelak. Sementara itu, kenali Realme C3 lebih lanjut dalam video kami di bawah.