• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua keajaiban Vivo Apex 2020 dalam petunjuk terbaru

  • OLEH Najib
  • 6:59 pm
  • 25/02/2020
  • Komen
Dua keajaiban Vivo Apex 2020 dalam petunjuk terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Apex merupakan telefon konsep yang mempamerkan teknologi terbaru yang belum ada di pasaran. Hampir setiap tahun, Vivo akan memperkenalkan Vivo Apex yang ada kalanya, dilancarkan sebagai sebuah telefon pintar untuk dijual kepada orang ramai selepas itu.

Tahun ini, Vivo akan memperkenalkan telefon pintar Apex 2020 pada 28 Februari 2020. Masih ada 3 hari sebelum ia dipertontonkan kepada orang ramai, tetapi Vivo lebih awal berkongsi beberapa perkara baru yang akan ada di Apex 2020.



Antaranya, Apex 2020 akan menampilkan skrin air terjun atau “waterfall display” yang melengkung di sisi pada sudut 120-darjah. Skrin ini melengkung jauh lebih dalam dari skrin air terjun di Vivo NEX 3 yang bersudut 88-darjah. Atau, adakah nombor 120 ini merujuk kepada refresh rate? Jika ya,ia bukanlah benda baru kerana sudah banyak telefon pintar telah menggunakannya.

Seterusnya, Apex 2020 akan memiliki kamera dengan zum optikal berterusan. Bermakna, dengan hanya satu kamera sahaja, ia boleh mengezum optikal. Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar yang menggunakan dua kamera dengan jarak fokal berbeza untuk memberikan hasil seperti zum optikal.



Vivo Apex 2020 pada awalnya dijadualkan untuk diperkenalkan semasa MWC 2020 di Barcelona. Tetapi ia dibatalkan dan dibawa ke China untuk dilancarkan pada 28 Februari. Walaubagaimanapun, Vivo telah memasang beberapa iklan di Barcelona dan rakan kami Alex, telah melihat iklan ini dipasang di sana.

Salah satu dari iklan ini menunjukkan gambar jelas terdapat dua kamera belakang, yang tertulis padanya “5-7.5x Optical Zoom” serta “48MP Gimbal Camera“. Jika benar, ini menunjukkan kamera pertamanya memiliki kuasa zum optikal di antara 5x hingga 7.5x berbanding kamera utama. Untuk kamera kedua pula, dijangka ia adalah kamera utama 48MP dengan penstabil gimbal terbina di dalam. Ini pasti memberikan tahap kestabilan yang jauh lebih baik berbanding OIS.

Tahun lepas, Vivo memperkenalkan Apex 2019 dengan konsep tanpa wayar dan lubang sepenuhnya. Ia tiada kamera hadapan, hanya kamera belakang. Bunyinya dihasilkan dari getaran skrin. Pengecasnya pula bukan wayarles tetapi MagPort, bersambung secara magnetik. Malah tiada slot kad kerana ia menggunakan eSIM.

Benarkah Apex 2020 ini sehebat seperti digambarkan di poster dan iklan ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 28 Februari 2020 nanti.

Tags: vivoVivo Apex 2020
Najib

Najib

POPULAR

Dua keajaiban Vivo Apex 2020 dalam petunjuk terbaru

Dua keajaiban Vivo Apex 2020 dalam petunjuk terbaru

25 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN