Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme 6 dan 6 Pro akan datang pada 5 Mac dengan 6 kamera

Realme nampaknya tidak mahu menghentikan momentum pelancaran produk baru mereka. Sejak awal tahun ini, mereka telah melancarkan Realme X50 5G, Realme C3 dan terbaru Realme X50 Pro 5G awal minggu ini. Hari ini, mereka mengumumkan mahu mengadakan satu lagi majlis pelancaran.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di India pada 5 Mac 2020, dan di situ mereka akan mengenalkan Realme 6 dan Realme 6 Pro yang baru. Mereka turut mengumumkan bahawa duta untuk telefon pintar terbaru ini ialah artis Bollywood yang sangat popular, Salman Khan.

Realme juga memberi sedikit petunjuk tentang apa yang akan ada di model terbaru ini. Tagline yang diberikan bersamanya ialah 64MP Pro Camera, Pro Display. Bermakna, ia akan datang dengan kamera utama 64MP. Pro Display pula tidak dapat dipastikan apa maksudnya, tetapi khabar angin kuat mengatakan ia adalah skrin dengan refresh rate lebih dari 60Hz.

Terdapat juga gambar terselindung dikongsikan oleh Realme sendiri. Gambar itu jelas menunjukkan skrin telefon itu berlubang, dengan dua kamera hadapan terdapat di dalamnya. Di belakang pula, terdapat empat kamera yang pastinya, akan menggunakan kamera utama 64MP.

Realme India telah membuka laman mikro pelancaran Realme 6 dan 6 Pro. Di situ, mereka menjual tiket masuk ke acara pelancaran berharga INR599 (~RM35). Tiket itu bukan sahaja membenarkan seorang pengguna masuk ke acara pelancaran, malah mereka juga akan menerima hadiah bernilai INR2,500 (~RM147) serta snek. Melihatkan harga ini, ia mungkin adalah beberapa aksesori Realme seperti fon kepala dan powerbank.

Apakah naik taraf lain yang akan ada di Realme 6 dan 6 Pro? Jika anda peminat Realme dan pengguna Realme 5/5 Pro, apa pula yang anda mahukan anda di model terbaru ini? Semoga ia kekal berharga mampu milik dengan prestasi berkuasa tinggi.

BACA  Polis Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 25 Mac 2020

Sumber: Madhav, Realme