Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sukan Olimpik Tokyo mungkin dibatalkan jika penularan COVID-19 tidak reda

Wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia, dilihat masih belum mereda. Akibt penularan wabak ini, pameran peranti mudahalih terbesar dunia, MWC 2020 terpaksa dibatalkan. Jika penularan ini masih berterusan, Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan pada bulan Julai kelak, mungkin akan dibatalkan.

Seorang ahli kanan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, jika terbukti penganjuran sukan Olimpik Tokyo 2020 merbahaya akibat penularan wabak COVID-19, jawatankuasa lebih cenderung untuk membatalkannya berbanding menangguhkan tarikh.

Ahli IOC, Dick Pound

Menurut Dick Pound, bekas juara perenang dari Kanada yang menggangotai IOC sejak 1978, menjangkakan keputusan tentang penganjuran Olimpik Tokyo 2020 perlu dibuat dalam masa tiga bulan sebelum penganjuran, atau paling lewat, dua bulan setengah. Bermakna, ia akan diputuskan pada bulan Mei. Beliau bercakap mengenainya dalam temuramah bersama The Associated Press.

Tambah beliau, orang ramai akan bertanya samada kawalan wabak ini mencukupi di Tokyo atau tidak. Semakin hampir ke tarikh tersebut, semakin banyak tugas perlu dilakukan seperti keselamatan, makanan, perkampungan sukan dan hotel. Wartawan pula akan menyediakan semua peralatan yang mereka perlukan di sana. Jika IOC melihat ia tidak boleh dilakukan pada tarikh yang ditetapkan, berkemungkinan besar ia akan dibatalkan.

Walaupun begitu, Pound menasihatkan atlet yang sedang bersiap sedia menyertai Olimpik Tokyo 2020 untuk terus berlatih. Sekitar 11,000 orang atlet dijangka akan menyertai Olimpik thaun ini, yang akan bermual pada 24 Julai. Sukan Paralimpik yang akan menyusul pada 25 Ogos pula akan disertai oleh 4,400 orang atlet.

Pembatalan sukan Olimpik yang telah berlangsung sejak 1896 pernah berlaku sebelum ini, tetapi disebabkan perang. Sukan Olimpik 1940 di Tokyo dibatalkan akibat Perang Dunia Kedua. Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016 pula, tetap diteruskan walaupun berlaku penularan wabak Zika ketika itu.

BACA  AMD Lancar Dua CPU Flagship Ryzen 9 Untuk Komputer Riba

Pound menegaskan, IOC akan terus mendapatkan nasihat dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), sebelum membuat sebarang keputusan.

Pertukaran tarikh dan lokasi dilihat sukar untuk dilakukan. Pound melihat, skala besar penyediaan acara sebegini termasuk cuaca di bulan lain, menyebabkan tarikhnya tidak mudah untuk ditukar. Apatah lagi jika mahu menukar lokasi, ia memerlukan persediaan yang lebih panjang.

Terdapat juga rancangan untuk menangguhkan selama setahun, tetapi kos yang tinggi sukar untuk membuat ia bertahan selama itu. Kerajaan Jepun dilaporkan telah membelanjakan sebanyak USD12.6 bilion untuk menganjurkan sukan Olimpik 2020, walaupun jabatan audit negara tersebut mengatakan mereka sebenarnya berbelanja 2x ganda dari jumlah itu.

IOC telah menubuhkan dana kecemasan sebanyak USD1 bilion, untuk membantu IOC jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, 73% dari keuntungan IOC dijana dari hak penyiaran Olimpik selama 4-tahun.

Sumber: Nikkei Asia