Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal Galaxy S20 bersama Galaxy Buds+ percuma dilanjutkan ke 1 Mac

Selepas pelancaran siri Galaxy S20 di San Franciscoe pada 12 Februari lepas, Samsung Malaysia terus membuka tempahan awal untuk telefon pintar ini sehingga 26 Februari yang menyediakan hadiah percuma berupa fon kepala Galaxy Buds+. Jualan pertama pula akan diadakan pada 6 Mac 2020.

Hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan tempahan awal ini dari 26 Februari ke 1 Mac 2020. Bermakna, orang ramai masih boleh mendapatkan hadiah percuma Galaxy Buds+ dengan membuat tempahan selewatnya pada 1 Mac. Tetapi hadiah percuma ini diberikan untuk pembelian Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra sahaja, tiada untuk Galaxy S20.

Bagaimanapun, unit tempahan awal untuk Galaxy S20 Ultra di Stor Online Samsung telah habis dijual. Jika anda mencari Galaxy S20 Ultra bersama hadiah percuma Galaxy Buds+, boleh dapatkannya dari pengedar lain yang turut serta dalam kempen tempahan awal.

Siri Galaxy S20 di Malaysia dijual pada harga seperti berikut:

  • Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  • Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

Keluarga Galaxy S20 diperkenal dengan membuang siri “e”, sebaliknya menjadikan Galaxy S20 sebagai model asas. Keluarga ini dikembangkan dengan tambahan kamera di Galaxy S20+, manakala Galaxy S20 Ultra dibekalkan kamera dengan kuasa zum angkasa 100x.

Selain kamera, lain-lain perkara adalah sama dalam semua keluarga Galaxy S20, kecuali pada saiz skrin dan baterinya. Skrin Dynamic AMOLED 120Hz dengan resolusi QuadHD+ dipasang pada semua Galaxy S20, dengan saiz ukuran 6.2-inci di Galaxy S20, 6.7-inci di Galaxy S20+ dan 6.9-inci untuk Galaxy S20 Ultra. Bateri pula berkapasiti 4,000mAh di Galaxy S20, 4,500mAh di Galaxy S20+ dan 5,000mAh di Galaxy S20 Ultra.

BACA  Lagi diskaun dan tawaran dari Honor untuk kekal sihat dan berhubung

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh dilihat di laman tempahan awal Galaxy S20. Kenali keluarga Galaxy S20 dengan lebih lanjut dalam artikel kami di bawah ini.