Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini Sebab Kenapa Kamera Galaxy S20 Ultra Boleh Mengezum 100×

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia

Samsung Galaxy S20 Ultra ialah ahli Galaxy S yang paling berkuasa setakat ini. Ia dilancarkan pada 12 Februari 2020 dan akan mula dijual di Malaysia pada 6 Mac 2020.

Tahukah anda yang Galaxy S20 Ultra adalah telefon Samsung yang boleh mengezum paling jauh setakat ini?

Teknologi Space Zoom Galaxy S20 memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menghimpun dan analisis data daripada kamera-kamera yang ada pada badan telefon bagi mensimulasikan sudut pandang kamera berjarak fokal jauh.

Julat pengezuman Galaxy S20 Ultra antara 0.5x hingga 100x

Hasilnya, Galaxy S20 dan S20+ boleh mengezum sehingga 30x manakala S20 Ultra boleh pergi sehingga 100×.

Apakah helah Samsung Galaxy S20 Ultra Untuk Capai 100x Zum?

Jika anda perasan, bonjolan kamera Galaxy S20 Ultra agak tebal berbanding Galaxy S20 dan S20+. Ia bukanlah keputusan yang diambil suka-suka tapi ada penjelasannya yang tersendiri.

Bonjolan kamera S20 Ultra agak tebal
Sangat ketara ketebalannya berbanding Galaxy A71 (kiri)

Untuk tujuan tersebut, anda perlu memahami konsep fizik dalam subjek optik. Jarak zum ada kaitan dengan jarak fokal manakala jarak fokal adalah jarak antara lensa dengan titik fokus.

Dalam kamera, termasuklah kamera pada Galaxy S20 Ultra ini, titik fokus tentunya terletak di atas sensor. Jika anda inginkan keupayaan mengezum jauh, lensa perlu berada jauh daripada sensor.

Disebabkan ruang terhad yang dimiliki jurutera untuk menempatkan lensa, mereka memanfaatkan konsep periskop ataupun dikenali jurutera Samsung sebagai folded lens.

Folded lens akan melencongkan cahaya yang menuju ke sensor kamera sebanyak 90 darjah supaya ia selari dengan badan telefon. Jadi, barulah jurutera ada ruang yang cukup untuk menempatkan lensa lebih jauh daripada sensor.

Hasilnya, Galaxy S20 Ultra miliki keupayaan mengezum 10x tanpa kehilangan butiran ataupun 100x dalam mode Super Resolution Zoom.

BACA  Kematian ke-3 COVID di Malaysia, tentera akan dikerah pantau pergerakan

Berikut adalah contoh gambar yang mendemonstrasikan julat fokal yang mampu dicakupi Galaxy S20 Ultra.

0.6x
1x
5x
30x
100x

Dapatkan Galaxy S20 Pada Harga Serendah RM3,599

Sekiranya anda berminat untuk milikinya sebuah, harga adalah seperti berikut:

  • Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  • Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

Anda boleh lakukan tempahan sekarang hingga 1 Mac 2020 ini melalui pautan ini.