Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Find X2 akan dilancarkan pada 10 Mac di Malaysia

Pelancaran antarabangsa untuk siri Oppo Find X2 kini telah ditetapkan pada 6 Mac 2020, selepas ia ditangguhkan akibat pembatalan acara MWC 2020. Pelancaran ini dibuat secara dalam talian, untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang menjadi punca pembatalan MWC 2020.

Untuk peminat Oppo di Malaysia, siri Find X2 ini akan dilancarkan tidak lama selepas itu, pada 10 Mac 2020. Sudah pasti, penjualannya akan bermula tidak lama selepas dilancarkan di Malaysia.

Dari pengesahan SIRIM, kita telah mengetahui akan ada dua model Find X2 yang dilancarkan di Malaysia, iaitu Find X2 LTE (CPH2023) dan Find X2 Pro 5G (CPH2025). Rangkaian 5G yang disokong oleh Find X2 Pro adalah jalur 700MHz & 3500MHz yang telah diumumkan oleh SKMM, bermakna ia bersedia untuk digunakan di kedua-dua jalur untuk capaian yang lebih jauh dan kapasiti data yang lebih besar.

Kepada yang berminat untuk menonton pelancaran global Oppo Find X2, boleh berbuat demikian menerusi saluran YouTube Oppo di bawah ini. Ia akan diadkaan pada 6 Mac 2020, bermula pukul 5.30 petang waktu Malaysia.

Antara perkara baru yang telah kita ketahui berkenaan Oppo Find X2 adalah seperti penggunaan cip flagship Snapdragon 865 5G yang menyokong dwi-mod 5G (SA & NSA), pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W dan skrin yang memiliki refresh rate 120Hz dan touch sampling rate 120Hz.

Oppo Find X generasi pertama, menampilkan rekaan unik modul kamera boleh sembunyi yang tidak terdapat pada mana-mana telefon pintar lain. Apa pula keunikan yang akan ditampilkan di Find X2 kelak? Nantikan laporan kami pada hari pelancarannya tidak lama lagi.

BACA  OnePlus Nord lahir daripada tiga falsafah ini