• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X2 Pro berkongsi takhta pertama DxOMark bersama Mi 10 Pro

  • OLEH Najib
  • 8:02 pm
  • 09/03/2020
  • Komen
Oppo Find X2 Pro berkongsi takhta pertama DxOMark bersama Mi 10 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini jarang kita mendengar nama Oppo di dalam senarai ujian kamera DxOMark. Tetapi di pelancaran model flagship terbaru Find X2 Pro, ia diumumkan telah diuji oleh DxOMark dan diletakkan di tangga pertama, berkongsi kerusi bersama Mi 10 Pro yang baru mendudukinya tidak sampai sebulan.

Oppo Find X2 Pro merupakan antara telefon pintar terawal dikuasakan pemproses Snapdragon 865. Ia memiliki hanya tiga kamera belakang, tetapi sudah mencukupi untuk menangkap gambar berkualiti tinggi.



Tiga kamera tersebut ialah kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 48MP F2.2 dan kamera telefoto periskop 13MP F3.0, yang mampu mengezum optikal 5x, zum hibrid 10x dan zum digital sehingga 60x. Kamera utama dan kamera telefoto turut dibantu penstabil imej optikal (OIS). Kamera hadapannya pula 32MP dan terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Menariknya, markah foto dan video yang diperolehi Find X2 Pro adalah sama dengan Mi 10 Pro, iaitu 134 foto dan 104 video. Tetapi taburan markahnya adalah berbeza, menjelaskan terdapatnya kelebihan dan kekurangan antara keduanya.



Dalam ujian DxOMark, mereka memuji sistem autofokus Find X2 Pro untuk foto dan video. Pujian turut diberikan di ruangan julat dinamik, warna dan kawalan hingar. Rakaman video dalam suasana malap turut menghasilkan hingar yang sangat rendah, tetapi terdapat sedikit hingar semasa rakaman video di luar bangunan. Untuk gambar, terdapat sedikit ketelitian yang hilang semasa menggunakan kamera ultra lebar. Tetapi gambar tidak terlalu herot, memberikan hasil lebih asli.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian ini, boleh layari laman ujian Oppo Find X2 Pro di DxOMark.

Tags: dxomarkoppoOppo Find X2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X2 Pro berkongsi takhta pertama DxOMark bersama Mi 10 Pro

Oppo Find X2 Pro berkongsi takhta pertama DxOMark bersama Mi 10 Pro

9 March 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN