Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hadiah percuma untuk pembeli Galaxy S20 diteruskan sehingga 31 Mac

Samsung Malaysia telah mula menjual telefon pintar Galaxy S20 di seluruh negara bermula 6 Mac 2020. Tempahan awal dan pembelian di hari pertama jualan turut menerima hadiah percuma berupa kad mikroSD 128GB dan pad pengecas wayarles.

Hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan telah melanjutkan promosi hadiah percuma ini sehingga 31 Mac 2020. Bermakna, pembelian mana-mana model Galaxy S20 dari penjual yang menyertai promosi ini, akan menerima kad mikroSD 128GB dan pad pengecas wayarles secara percuma.

Bagaimanapun, hadiah percuma ini hanya diberikan kepada 20,000 pembeli terawal siri Galaxy S20, dari penjual yang menyertai di seluruh Malaysia iaitu:

  1. Samsung Experience Stores (SES)
  2. Stor Program Rakan Samsung
  3. Best Denki, Courts, Senheng, Harvey Norman, Urban Republic)
  4. Platform e-dagang (Lazada dan Shopee)
  5. Syarikat Telekomunikasi (Digi, Maxis, Celcom, Yes, U Mobile)
  6. Stor Online Samsung

Maklumat lanjut berkenaan promosi ini boleh dirujuk di laman Promosi Galaxy S20.

Harga jualan Galaxy S20 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  • Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

Kenali keluarga Galaxy S20 dengan lebih lanjut dalam artikel kami di bawah ini.

BACA  Samsung perkenal satu lagi telefon murah bawah RM 500