• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini mungkin rupa sebenar Huawei P40 yang akan dilancarkan

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 10/03/2020
  • Komen
Ini mungkin rupa sebenar Huawei P40 yang akan dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei akan melancarkan model flagship terbaru mereka, Huawei P40 pada hujung bulan ini, 26 Mac 2020. Mereka masih belum berkongsi sebarang maklumat mahupun gambaran berkenaan model ini, tetapi rupa sebenarnya mungkin sudah didedahkan.

Laman Digital Trends telah melihat dan memegang sendiri sebuah prototaip telefon pintar Huawei yang masih belum dinamakan. Ia ditemui ketika mereka sedang menguji telefon pintar boleh lipat Huawei yang baru dilancarkan, Huawei Mate Xs.



Telefon berwarna biru ini tidak mempamerkan jenama Huawei, sebaliknya tertera nama POLARIE bersama perkataan BLINK di tepi kamera belakang. Perkara ini sebenarnya adalah langkah biasa digunakan untuk telefon yang masih dalam ujian, untuk mengelakkan dari model sebenarnya terdedah semasa menguji di khalayak ramai.

Dari rupanya, Digital Trends percaya ia adalah Huawei P40. Mereka diberi kebenaran untuk mengambil gambar dan video belakang telefon ini, tetapi tidak boleh memaparkan rupa hadapannya. Perlu diingatkan, ini adalah telefon prototaip jadi rupa akhirnya mungkin ada perubahan.



Secara kasar, badan telefon ini sangat selesa dipegang kerana memiliki sisi melengkung di setiap sudut. Tidak seperti P30 yang agak rata di sisi atau Mate 30 yang memiliki bucu tajam. Telefon ini juga memiliki butang kawalan bunyi fizikal, berbeza dari Mate 30 yang menggunakan butang maya di skrin.

Sama seperti model sebelumnya, tiada jek audio 3.5mm padanya manakala port USB-C dan jeriji speaker terdapat di bawah. Tidak dapat dipastikan sama ada ia memiliki speaker stereo atau tidak.

Kamera di belakangnya menggunakan modul menegak, dengan tiga kamera disusun sebaris dan satu kamera kecil di sampingnya. Dipercayai, ia adalah kamera utama, kamera ultra lebar dan kamera telefoto periskop di bawah. Kamera kecil di sisi pula mungkin ialah kamera pengesan jarak ToF.

Huawei juga adalah peneraju dalam penggunaan warna pada telefon pintar. Sementara gambar ini menunjukkan telefon ini memiliki warna biru yang agak biasa, Digital Trends menerangkan ia sebenarnya memiliki warna yang lebih menarik. Tetapi ia sukar untuk ditangkap menggunakan kamera.

Adakah ini benar-benar rupa Huawei P40? Ia akan terjawab pada 26 Mac kelak.

Sumber: Digital Trends

Tags: Huaweihuawei p40
Najib

Najib

POPULAR

Ini mungkin rupa sebenar Huawei P40 yang akan dilancarkan

Ini mungkin rupa sebenar Huawei P40 yang akan dilancarkan

10 March 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN