• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemain Liverpool dipilih duta terbaru telefon pintar Oppo

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 13/03/2020
  • Komen
Pemain Liverpool dipilih duta terbaru telefon pintar Oppo
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain bola sepak Liverpool yang sangat popular masakini, Mohamed Salah kini diumumkan sebagai duta terbaru bagi Oppo di Timur Tengah. Lantikan beliau sebagai duta dibuat sebagai salah satu kempen untuk pelancaran telefon pintar Oppo yang terbaru, siri Reno3.

Oppo akan melancarkan siri Reno3 di negara-negara di Timur Tengah pada 18 Mac 2020. Imej dan video yang menampilkan Salah akan kelihatan di dalam iklan dan promosi Oppo di pelancaran ini.



Telefon pintar Oppo Reno3 telah dilancarkan di China pada hujung tahun lepas. Terdapat dua model yang diperkenalkan iaitu Oppo Reno3 dan Oppo Reno3 Pro. Berbeza dengan dua generasi sebelum ini, Reno3 tidak lagi menggunakan modul kamera pop-up sirip jerung, sebaliknya bertukar kepada lubang di skrin untuk kamera hadapan.

Bagaimanapun, versi global Reno3 Pro sedikit berlainan dari apa yang dilancarkan di China. Sekurang-kurangnya pada kamera hadapan.



Laman Oppo Global telah memuat naik spesifikasi penuh berkenaan Reno3 Pro. Ia memiliki dua kamera hadapan, di dalam lubang di skrin hadapan. Modle yang dilancarkan di China, hanya ada satu kamera hadapan.

Telefon ini juga akan menggunakan pemproses keluaran Mediatek iaitu Helio P95. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Baterinya 4,025mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 30W melalui USB-C.

Skerin pada telefon ini berukuran 6.4-inci dengan resolusi HD Penuh. Tidak dimaklumkan refresh rate bermakna ia hanya di 60Hz. Ia dari jenis Super AMOLED dan memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Kamera hadapan di dalam lubang di skrin, gabungan kamera utama 44MP dan kamera bokeh 2MP. Ia dikatakan pertama seumpamanya di dunia.

Di belakang, ia dibarisi 4 kamera dalam susunan menegak iaitu kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera telefoto 13MP F2.4 dan kamera monokrom 2MP F2.4. Menariknya, kamera ini boleh menangkap gambar sehingga resolusi 108MP melalui mod Ultra Clear. Selain itu, ia berupaya mengezum hibrid 5x dan zum digital 20x.

Oppo Reno3 Pro akan dilancarkan di Timur Tengah pada 18 Mac. Harga jualanya pasti akan diketahui pada pelancaran tersebut. Buat masa ini, masih tiada berita ia datang ke Malaysia.

Sumber: Oppo

Tags: Mohamed SalahoppoOppo Reno 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pemain Liverpool dipilih duta terbaru telefon pintar Oppo

Pemain Liverpool dipilih duta terbaru telefon pintar Oppo

13 March 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER