• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

COVID-19: Pokemon Go Kini Lebih Seronok Dimainkan Di Rumah Berbanding Di Luar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:11 am
  • 16/03/2020
  • Komen
COVID-19: Pokemon Go Kini Lebih Seronok Dimainkan Di Rumah Berbanding Di Luar
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Pokémon GO, Niantic, menyedari yang permainan mereka memerlukan orang ramai bergerak kesana-kemari dan ada kalanya perlu berada dalam kumpulan yang ramai secara fizikal untuk lakukan tugasan tertentu. Tapi dalam keadaan penularan COVID-19 sekarang, Niantic akan lakukan beberapa perubahan pada permainan itu bagi mengurangkan kebarangkalian penularan COVID-19 akibat dari bermain Pokémon GO.

Perubahan yang dilakukan oleh Niantic akan membolehkan pemain Pokémon GO menikmati sepenuhnya permainan kegemaran mereka itu walaupun secara individu dan tak perlu berjalan jauh.



Misalnya, jenis Pokémon akan dipelbagaikan dalam radius berhampiran pemain untuk mereka tangkap. Pek incense, item dalam permainan yang diguna untuk mempertingkat kehadiran Pokémon, juga menerima diskaun sebanyak 99% serta tahan selama satu jam.

Kemudian, incubator, item yang digunakan pemain untuk menetaskan telur Pokémon, kini dua kali lebih pantas.



Selain itu mengubah sistem dalam permainan, mereka turut telah menunda beberapa acara dunia nyata dan antaranya ialah Abra Community Day, bagi mengurangkan aktiviti berhimpun dalam kalangan pemain.

Sumber: Polygon

Tags: CoronavirusCOVID-19pokemonPokemon Go
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

COVID-19: Pokemon Go Kini Lebih Seronok Dimainkan Di Rumah Berbanding Di Luar

COVID-19: Pokemon Go Kini Lebih Seronok Dimainkan Di Rumah Berbanding Di Luar

16 March 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER