• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid dan surau ditangguh sehingga 26 Mac

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:08 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 17 hingga 26 Mac ini, semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan berjemaah seluruh Malaysia ditangguhkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu kenyataan selepas mendapat titah perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.



Menurutnya, keputusan berkenaan adalah hasil taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. Dalam kenyataan itu, jawatankuasa masjid dan surau juga disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

Tambahan kepada arahan berkenaan, Dr Zulkifli turut menerangkan prosedur pengurusan jenazah bagi kes kematian akibat COVID-19.



“Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10 hingga 11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia.”

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sehingga petang 16 Mac 2020, KKM telah merekodkan 95 daripada 553 jumlah kes positif jangkitan COVID-19 berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Berdasarkan rekod peningkatan yang ketara sepanjang minggu lalu, pihak KKM juga telah memasuki tahap pembendungan akhir bagi mengelak penularan lebih serius di Malaysia.

Mungkin rekod jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi salah satu faktor kepada keputusan penangguhan aktiviti masjid buat sementara waktu.  Kepada Individu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan masih belum menjalani saringan jangkitan COVID-19 agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Dr Dzulkifli

Tags: COVID-19jabatan perdana menterikementerian kesihatan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid dan surau ditangguh sehingga 26 Mac

16 March 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN