• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Lepak di rumah dengan 13.2 juta seleksi buku digital dan saluran TV percuma

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:06 pm
  • 18/03/2020
  • Komen
Lepak di rumah dengan 13.2 juta seleksi buku digital dan saluran TV percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan, tidak semestinya kehidupan kita untuk dua minggu ini akan menjadi bosan. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan contohnya membaca.

Membaca tidak semestinya memerlukan anda memiliki buku atau pergi ke perpustakaan. Seperti dimaklumkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menerusi akaun Facebook rasmi mereka, anda boleh mengakses bahan bacaan digital secara dalam talian.



Berdasarkan akaun Facebook mereka, PNM menghentikan sementara operasi semua perpustakaan termasuk perpustakaan komuniti dan desa seluruh negara sehingga 30 April 2020. PNM juga melanjutkan tempoh pemulangan buku yang sepatutnya dihantar antara 16 Mac hingga 30 April kepada 2 Mei 2020.

Sehubungan dengan itu, bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan, orang ramai boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital menerusi laman web rasmi mereka. Pendaftaran juga adalah percuma dan anda hanya perlukan pengesahan nombor kad pengenalan bagi rakyat Malaysia.



Selain membaca, untuk mengisi masa lapang semasa berada di rumah, pelanggan Astro dan Unifi TV boleh menikmati saluran terpilih secara percuma.

Astro dan Astro Go menawarkan semua saluran filem percuma untuk pelanggannya. Saluran percuma ini telah dibuka bermula pukul 6 pagi tadi. Terdapat 14 saluran yang boleh ditonton sehinga 31 Mac malah, pelanggan juga boleh menonton menerusi Aplikasi Astro.Go

Bagi pelanggan jalur lebar tetap Unifi pula, pelanggan boleh menonton semua saluran di Unifi TV tanpa caj tambahan, bermula dari hari Khamis, 19 Mac sehingga 31 Mac 2020. Tawaran ini diberikan kepada pengguna jalur lebar Unifi di rumah sahaja. Tidak terpakai untuk pengguna perniagaan dan lain-lain perkhidmatan Unifi.

Dengan semua pilihan yang ada, tiada alasan untuk merasa bosan semasa berada di rumah. Selain menikmati kemudahan yang diberikan, manfaatkan juga masa bersama keluarga dan orang tersayang. Tidak dilupakan supaya sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19.

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia, Astro, Unifi

Tags: astroAstro GOPerpustakaan Negara MalaysiaUnifiunifi TV
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Lepak di rumah dengan 13.2 juta seleksi buku digital dan saluran TV percuma

Lepak di rumah dengan 13.2 juta seleksi buku digital dan saluran TV percuma

18 March 2020
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN