• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesco buka seperti biasa, guna aplikasi Scan & Shop untuk kekal jarak sosial

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:56 pm
  • 18/03/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Tesco Malaysia mengumumkan bahawa semua 60 cawangannya akan beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah bermula hari ini (18 Mac) hingga 31 Mac 2020.

COVID-19: Malaysia Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac 2020

Perkara ini diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritcie menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Rasmi Tesco.



Pihaknya memberi jaminan bahawa mempunyai stok yang mencukupi dan akan terus menambah produk-produk keperluan penting di setiap cawangan bagi memenuhi permintaan khususnya untuk tempoh dua minggu ini.

Jelasnya lagi, Tesco akan bekerjasama dengan pembekal-pembekal untuk membekalkan stok keperluan utama seperti makanan segar, sejuk beku, barangan runcit keperluan rumah, dan barangan bukan makanan yang menjadi keperluan harian.



Selain meneruskan operasi, pihak Tesco juga menyarankan supaya pelanggannya menggunakan aplikasi Scan and Shop yang dilancarkan bulan lalu semasa membeli belah di mana-mana cawangannya.

Richie menjelaskan hal ini dapat membantu pelanggan untuk melakukan pembelian dan pembayaran dengan lebih mudah. Pelanggan boleh mengimbas barangan yang ingin dibeli dan terus ke kaunter layan diri atau tunai. Semasa di kaunter tunjukkan atau imbas kod bar yang dijana di aplikasi untuk pembayaran.

Cara ini dilihat dapat mengurangkan interaksi antara  manusia dan lebih penting mengekalkan jarak sosial terutama dalam tempoh kritikal ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi platform Google Play Store dan App Store.

Untuk lebih selamat, pelanggan boleh membeli belah secara dalam talian dengan Tesco Online atau melalui Happy Fresh. Bagaimanapun, Tesco menghadkan pembelian kepada 3 unit setiap item untuk memudahkan urusan pembelian dan penghantaran dilakukan.

Sepanjang tempoh dua minggu ini diharap kita tidak mementingkan diri sendiri dan membuat pembelian pukal tanpa memikirkan orang belakang. Tesco meneruskan operasi untuk memudahkan akses kita mendapatkan bekalan makanan tetapi kita pula harus bertimbang rasa dan memikirkan orang lain juga.

Sumber: Tesco

Tags: COVID-19Tesco
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tesco buka seperti biasa, guna aplikasi Scan & Shop untuk kekal jarak sosial

18 March 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN