• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp percuma di Celcom dan Xpax sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

  • OLEH Najib
  • 5:41 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
WhatsApp percuma di Celcom dan Xpax sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini mengumumkan bantuan bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyediakan beberapa inisiatif yang boleh meringankan beban pengguna. Ia juga bagi memastikan pengguna sentiasa terhubung tanpa risau walau berada di rumah sahaja.

Mulai 19 hingga 31 Mac 2020, pengguna Celcom menerima perkhidmatan bantuan seperti berikut:



1. WhatsApp tanpa had

Akses Whatsapp percuma tanpa had untuk bersembang, membuat panggilan suara serta panggilan video. Ia boleh dinikmati semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Xpax, setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

2. Microsoft Office 365 tanpa had

Akses internet tanpa had juga diberikan bagi penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 yang berhubung ke internet, juga untuk kesemua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax dari jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.



3. Layari KKM dan telefon KDN percuma

Laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my boleh dilayari tanpa had untuk mendapatkan berita terkini. Panggilan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di talian 03-88810200 / 03-88882010 juga percuma tanpa had.

4. Pas internet tanpa had Xpax lebih lama

Pengguna prabayar Xpax boleh mendapatkan pas internet tanpa had Xpax Ultra Hour dengan masa diganda. Berbanding hanya 3 jam, ia kini boleh digunakan tanpa had selama 6 jam dengan nayaran RM2 sahaja. Bagaimanapun, ia ditawarkan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

5. Bil pascabayar 7 hari lebih lama

Kesemua pelanggan pasacabayar Celcom menikmati tempoh bayaran bil yang dipanjangkan selama 7 hari daripada tarikh sebenar yang dijadualkan.

6. 10% pulangan tunai untuk tambah nilai prabayar Xpax

Pelanggan prabayar Celcom Xpax menikmati 10% pulangan tunai apabila membeli tambahnilai Xpax Reloads bernilai RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life (sehingga 30 Jun 2020).

7. Tukar kuota internet tidak diguna kepada tunai

Pelanggan pascabayar Celcom MEGA boleh menukar kuota internet yang tidak digunakan kepada pulangan tunai. Ia merupakan tawaran sejak pelancaran Celcom MEGA, sehingga 30 Jun 2020.

Celcom juga menyatakan, perkhidmatan dalam talian akan sentiasa bersedia digunakan iaitu aplikasi Celcom Life, Khidmat Pelanggan Celcom Online dan stor Celcom Online.

Tags: celcomCOVID-19Perintah Kawalan Pergerakanwhatsappxpax
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
WhatsApp percuma di Celcom dan Xpax sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

WhatsApp percuma di Celcom dan Xpax sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

19 March 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER