• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kakitangan TM positif COVID-19, Menara TM ONE ditutup serta merta.

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:08 pm
  • 20/03/2020
  • Komen
TM cadang beberapa cara selesaikan masalah akses permainan video di Unifi
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya dijangkiti virus COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Berdasarkan kenyataan Rasmi TM, anggota tersebut yang bertugas di Menara TM ONE di Damansara, disyaki menunjukkan simptom-simptom di luar daripada pejabat sejak dia bercuti pada 11 Mac 2020.



Sehubungan dengan itu, Menara TM ONE telah ditutup serta merta sejak malam semalam dan kini sedang menjalani proses-proses pembersihan sepertimana yang telah disarankan oleh pihak KKM.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) dan Pasukan Tindak Balas COVID-19 TM juga kini sedang mengenal pasti mana-mana individu yang telah mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut, selain menyiasat punca lokasi dijangkiti.



“Individu yang dikenalpasti mempunyai kontak rapat dengan anggota terbabit telah dikuarantin di rumah masing-masing. Mana-mana individu yang mengalami sebarang simptom adalah diminta untuk menghubungi pusat perubatan daerah yang berdekatan bagi mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya,” tulis kenyataan itu lagi.

Pihak TM turut melaksanakan Aturan Kerja Khas kepada kakitangannya seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Kakitangan dengan fungsi kritikal mempunyai pilihan antara waktu kerja fleksibel atau pembahagian kumpulan bertugas. Kakitangan dengan fungsi-fungsi bukan kritikal digalakkan untuk bekerja dari rumah dengan memanfaatkan saluran digital dan perisian produktiviti online yang ada.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan rasmi KKM, setakat petang 20 Mac 2020, Malaysia merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 kepada 1,030 kes, dengan penambahan 130 kes baharu hari ini.

Bagaimanapun, terdapat terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan pulang manakala terdapat 26 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: Telekom Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tags: COVID-19TM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
TM cadang beberapa cara selesaikan masalah akses permainan video di Unifi

Kakitangan TM positif COVID-19, Menara TM ONE ditutup serta merta.

20 March 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN