Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sukan Olimpik ditangguhkan ke 2021, masih kekalkan jenama Tokyo 2020

Temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021 selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi membuat keputusan berkenaan ekoran wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Menurut kenyataan bersama IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Åbe dan Presiden IOC Thomas Bach mencapai kata sepakat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua pihak pada 24 Mac 2020. Keputusan berkenaan turut dipertimbangkan selepas meneliti maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, cadangan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo mula menjadi sebutan selepas ramai pihak termasuk USA menyarankan supaya acara sukan itu ditangguhkan untuk tempoh satu tahun. Beberapa negara termasuk Australia dan Kanada turut menyatakan akan menarik diri jika acara itu diteruskan pada 24 Julai 2020.

IOC telah memulakan perbincangan sejak minggu lalu, yang membawa kepada keputusan untuk menangguhkan acara berpestij itu ke tahun hadapan tetapi tidak berlanjutan sehingga musim panas 2021. Hal ini bertujuan untuk menjaga kesihatan para atlet, semua individu yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komuniti antarabangsa. 

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju bahawa obor Sukan Olimpik akan terus berada di Jepun. Turut dipersetujui oleh mereka adalah jenama sedia ada dikekalkan iaitu Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 walaupun ia diadakan dalam tahun 2021.

Ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan ekoran krisis global. Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa meletusnya Perang Dunia iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Selain Sukan Olimpik, terdapat acara sukan lain yang turut ditangguhkan ekoran penularan wabak COVID-19, antaranya:

  • UEFA Euro 2020, dijadualkan pada bulan Jun 2020 namun, ditangguhkan untuk tempoh 12 bulan.
  • Liga Premier dan Liga Perdana Inggeris, ditangguhkan sehingga awal April 2020 selepas beberapa pemain dan jurulatih dari kelab bola sepak terlibat disahkan positif COVID-19.
  • Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022, sepatutnya dijadualkan pada bulan Mac dan Jun 2020. FIFA dan AFC telah menangguhkannya ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
  • Kejohanan Dunia Formula 1 2020, dijadualkan pada bulan Mac namun ditangguhkan ke bulan Jun susulan pembatalan Grand Prix Australia 2020.  
  • Kejohanan Dunia MotoGP, pusingan pembukaan kejohanan 2020 di Qatar dibatalkan. Acara yang dirancang berlangsung di Amerika Syarikat, Argentina dan Thailand juga ditangguhkan.
  • Piala Dunia Kriket Malaysia 2020, Cabaran Liga A, sepatutnya dijadualkan pada bulan Mac 2020. Ia ditangguhkan ke satu tarikh yang dimaklumkan kelak
  • Semua kejohanan badminton yang dijadualkan di bawah Persekutuan Badminton Dunia termasuk Kejohanan Terbuka Swiss, India, Malaysia, Singapura dan Orléans Masters 2020 ditangguhkan.
  • Kejohanan Golf, Masters Tournament, yang dijadualkan pada April 2020 ditangguhkan untuk tempoh sebulan buat masa ini.
BACA  Ini cara La Liga minimumkan risiko Covid-19 di setiap perlawanan

Jika acara sukan berprestij dunia boleh ditangguhkan, bagaimana pula dengan keinginan kita untuk keluar rumah. Kalau tiada keperluan mendesak patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sudah ditangguhkan sehingga 14 April 2020.

 Sumber: Bernama , Tokyo 2020, VOX