• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Wiko View4 Lite 64GB pada harga RM 337 di jualan kilat Lazada

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:58 pm
  • 26/03/2020
  • Komen
Dapatkan Wiko View4 Lite 64GB pada harga RM 337 di jualan kilat Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena jualan ulang tahun Lazada ke-8, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar Wiko View4 Lite dengan harga istimewa RM 337.

Promosi ini hanya ditawarkan semasa jualan kilat Lazada pada 27 Mac 2020. Selain menawarkan harga yang  lebih rendah berbanding pasaran (RM 399), pembelian dengan harga promosi Wiko View4 Lite turut termasuk penghantaran percuma.



Wiko View4 Lite didatangkan dengan jaminan 1 tahun. Sebagai bonus tambahan, pembeli boleh membuat pertukaran ke telefon baru jika peranti mengalami kerosakan dalam tempoh 120 hari. Ia sah dari tarikh pembelian dilakukan.

Promosi yang ditawarkan Lazada ini juga sekali gus merupakan pelancaran eksklusif Wiko View 4 Lite di Malaysia. Ia telah mula dipasarkan di gedung Wiko, Lazada sejak 17 Mac lalu.



Wiko View 4 Lite dikuasakan cip SoC MediaTek Helio A25 yang dipadukan dengan sistem operasi Android10, RAM 2GB dan Storan 64GB. Storannya juga boleh diperluas dengan kad mikro-SD sehingga 256GB. Tenaganya dikuasakan oleh bateri sebesar 4,000mAh.

Wiko View 4 Lite didatangkan dengan skrin HD+ sebesar 6.52” dalam format 20:9. Skrinnya juga terdapat takuk berbentuk V, memuatkan kamera hadapan dengan sensor 5MP.

Di bahagian belakangnya terdapat dwikamera dengan fungsi AI pintar. Sensor utamanya sebesar 13MP manakala satu lagi mempunyai sensor 2MP untuk bokeh. Wiko View 4 Lite didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Deep Green, Deep Gold dan Deep Blue.

Jadi pastikan anda tidak terlepas peluang ini kerana ia ditawarkan pada harga promosi untuk tempoh terhad. Pada harga mampu milik, Wiko View 4 Lite boleh dijadikan telefon untuk kegunaan anak-anak.

Tags: LazadaWikowiko view 4 lite
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Dapatkan Wiko View4 Lite 64GB pada harga RM 337 di jualan kilat Lazada

Dapatkan Wiko View4 Lite 64GB pada harga RM 337 di jualan kilat Lazada

26 March 2020
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN