• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amerika Syarikat akui Malaysia penyelamat dunia dalam memerangi COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:55 pm
  • 30/03/2020
  • Komen
Amerika Syarikat akui Malaysia penyelamat dunia dalam memerangi COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Industri getah dan kelapa sawit di Malaysia kini menjadi tumpuan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia dengan rekod jangkitan virus itu melebihi setengah juta kes.

Ini berikutan Malaysia, merupakan antara pembekal utama untuk barang keperluan perubatan berasaskan dua bahan berkenaan yang menjadi penyelamat kepada dunia. Malah, negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk keluaran Malaysia itu.



Malaysia pengeluar sarung tangan getah dunia

Berdasarkan status twitter daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan saintis, doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan, diimport dari Malaysia.

Did you know 65% of medical gloves used by heroes like these great Americans and their counterparts worldwide are made in Malaysia?

Through the production of medical gloves and other medical products, the world relies on Malaysia in the fight against COVID-19. https://t.co/Uz6LJRKQm0

— U.S. Embassy KL (@usembassykl) March 27, 2020

Meskipun beberapa bulan lepas, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP) yang berpusat di Sepang, negara itu kini terpaksa menarik balik sekatan berkenaan pada 23 Mac 2020, berikutan peningkatan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan wabak COVID-19.



Penghasilan sarung tangan getah oleh WRP hanya mencecah tiga bilion helai manakala keperluan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai iaitu 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia.

Ekoran permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan getah, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa memohon kepada pihak kerajaan untuk kelonggaran beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Presiden MARGMA, Dennis Low, pihaknya perlu memastikan bahawa bekalan sarung tangan getah dapat dipenuhi terutama untuk kegunaan kakitangan hospital dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Kebenaran operasi ini dijangka dapat menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia pada tahun ini.

Minyak Sawit berperanan bantu dunia bendung COVID-19

Minyak sawit boleh digunakan sebagai pengganti kepada bahan surfaktan berasaskan petroleum untuk tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Hal ini menjadikan bahan itu berperanan dalam membantu dunia membendung wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, minyak sawit bukan sekadar boleh membersihkan tangan dan pakaian tetapi juga membunuh virus COVID-19.

Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit secara putara mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah. Walau bagaimanapun, penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas sekiranya wabak COVID-19 masih berlarutan.

Dalam kita mendepani wabak COVID-19, Malaysia secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam membekalkan barang keperluan perubatan dunia. Kedua-dua industri ini sangat diperlukan dan kita harus menyokong dengan patuh kepada arahan PKP dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Tags: amerika syarikatCOVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Amerika Syarikat akui Malaysia penyelamat dunia dalam memerangi COVID-19

Amerika Syarikat akui Malaysia penyelamat dunia dalam memerangi COVID-19

30 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN