Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Matepad Pro bakal masuk Malaysia, jadi pencabar iPad Pro

Sementara menantikan kedatangan telefon pintar Huawei P40 di Malaysia, Huawei juga bakal memperkenalkan peranti tablet android terbaru, MatePad Pro ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Difahamkan, MatePad Pro mempunyai ciri yang dapat membantu memudahkan pengguna melakukan pelbagai tugas pada satu masa. Apakah yang ditawarkan oleh Huawei dengan peranti baru ini?

Dari segi spesifikasi, MatePad Pro mempunyai skrin seluas 10.8”, dengan nisbah 16:10. Ia juga memiliki nisbah skrin-ke-badan yang terbesar untuk tablet dengan 90 peratus keluasan skrin dan sisi bezel 4.9mm. Ia juga dilengkapi dengan paparan 2K QHD yang menyokong warna gamut sinematik DCI-P3 dan menawarkan kepadatan piksel 280ppi.

Ia dikuasakan oleh cip Kirin 990 yang dipadukan dengan RAM 8GB dan storan sebesar 256GB. Tenaganya dijana oleh bateri berkapasiti 7,250mAh yang menyokong penecasan pantas 40W. Ia juga merupakan tablet pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar dan “reverse charging.”

Dari segi audio, MatePad Pro didatangkan dengan speaker Harmon Kardon dan mikrofon 5-kapsul. Ia terdapat dalam empat warna iaitu kemasan kulit vegan hijau atau oren, dan kemasan kaca fiber putih atau hitam.

Dari sengi fungsi dalaman, MatePad Pro dilengkapi sokongan Multi-Window yang memberikan pengguna kemudahan untuk melakukan pelbagai tugas pada satu masa. Selain itu, ia juga boleh mengoperasikan pelbagai peranti pada satu skrin menerusi Huawei Share. Ia membolehkan telefon pintar dipadankan bersama tablet dengan fungsi Multi-Screen Collaboration. Tidak ketinggalan, fungsi App-Multiplier, membolehkan aplikasi diselarikan dengan paparan melintang di tablet.

Menerusi MatePad Pro, Huawei turut memperkenalkan fungsi terbaru panggilan videonya, MEETime. Ia membolehkan pengguna berkongsi skrin, melakukan tugas di tablet sambil menjawab panggilan telefon atau video. Bagaimanapun, setakat dimaklumkan Huawei, fungsi ini boleh digunakan jika kontak turut mengaktifkan fungsi MEETime.

BACA  5 perkara anda perlu tahu tentang Lazada 9.9 Big Brands Sale

Dari segi aksesori pula, MatePad Pro disertakan dengan pengecas 20W secara percuma. Selain tablet, Huawei juga akan melancarkan pelbagai aksesori tambahan seperti Huawei M-Pensil dan Papan Kekunci Magnetik Pintar. Dengan aksesori ini MatePad Pro boleh beroperasi seperti laptop atau iPad Pro.

Setakat yang dinyatakan, peranti ini memberikan fleksibiliti penggunaan untuk pengguna. Bolehkah ia menandingi keupayaan ditawarkan iPad Pro? Harga dan bila ia akan dipasarkan masih tidak didedahkan oleh pihak Huawei. Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman daripada Hauwei nanti.