Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei P40 dan P40 Pro akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi

Huawei telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri P40 pada 26 Mac yang lepas. Pada waktu itu, mereka tidak menyebut tentang pelancaran di Malaysia lagi. Kini, Huawei Malaysia telah membuka laman mikro P40 menandakan ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Dari laman mikro tersebut, tanya terdapat dua model yang disenaraikan iaitu Huawei P40 dan Huawei P40 Pro sahaja. Tiada model paling hebat, iaitu Huawei P40 Pro+ yang memiliki kamera dengan kuasa zum 100x. Seperkara lagi, laman tersebut menyatakan kedua-dua model ini dikuasakan cip Kirin 990 5G, jadi mungkin ia datang siap dengan sokongan 5G.

Semasa pelancaran antarabangsa minggu lepas, dinyatakan bahawa Huawei P40 dan P40 Pro akan berada di pasaran bermula dari 7 April, manakala model P40 Pro+ akan dijual sekitar bulan Jun. Tidak menghairankan kepada P40 Pro+ tiada dalam senarai di laman mikro ini.

Di samping itu, laman mikro ini juga memberikan baucer RM30 untuk pembelian produk Huawei dalam talian, dengan mendaftar emel untuk menerima berita dan kempen terbaru Huawei. Bagaimanapun, baucer ini tidak boleh digunakan untuk siri P40, tablet MatePad Pro dan jam pintar baru Watch GT2e.

Harga jualan siri P40 di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi jika Huawei menggunakan formula harga yang sama, harga siri P40 di Malaysia mungkin sama dengan siri P30 semasa dilancarkan tahun lepas.

Siri Huawei P40

  • Huawei P40 (RAM 8GB RAM + Storan 128GB) – EUR799 (~RM3,831)
  • Huawei P40 Pro (RAM 8GB RAM + Storan 256GB) – EUR999 (~RM4,790)
  • Huawei P40 Pro+ (RAM 8GB RAM + Storan 512GB) – EUR1,399 (~RM6,708)

Siri Huawei P30

  • Huawei P30 (RAM 6GB RAM + Storan 128GB) – EUR799 (~RM3,683)
  • Huawei P30 Pro (RAM 8GB RAM + Storan 128GB) – EUR999 (~RM4,604)
  • Huawei P30 Pro (RAM 8GB RAM + Storan 256GB) – EUR1,099 (~RM5,065)
  • Huawei P30 Pro (RAM 8GB RAM + Storan 512GB) – EUR1,249 (~RM5,757)
BACA  Selepas MCMC lancarkan siasatan, ini tindak balas TM terhadap isu kelajuan upload Unifi

Untuk rujukan, di Malaysia siri P30 dilancarkan pada harga RM2,699 untuk P30 (8GB+128GB), RM3,799 bagi P30 Pro (8GB+256GB) dan RM4,399 bagi P30 Pro (8GB+512GB).

Siri P40 adalah yang pertama dalam barisan siri-P yang datang bersama Huawei Mobile Services (HMS). Bermakna tiada perkhidmatan dan aplikasi Google dipasang di dalamnya. Tiada Google Playstore juga, sebaliknya menggunakan Huawei AppGallery untuk mencari dan memuat turun aplikasi.

Kesemua model siri P40 dikuasakan oleh cip terbaru, Kirin 990 5G yang sama dengan Huawei Mate 30 Pro 5G. Perbezaan paling ketara antara model ini ialah kamera belakang. Huawei P40 dibekalkan tiga kamera belakang manakala P40 Pro memiliki 4 kamera belakang.

Kenali lebih lanjut mengenai Huawei P40 Pro dalam video kami di bawah ini.