Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Siri P40: Semua Maklumat Yang Anda Perlu Tahu

Dalam keadaan dunia sedang melawan COVID-19, Huawei memperkenalkan tiga produk dalam siri P mereka. Huawei siri P40 kali ini bawakan pelbagai penambahbaikkan yang menarik, terutamanya untuk penggemar dunia fotografi.

Huawei P40 Pro+

Ini adalah gergasi kamera, menurut Huawei. Ia didatangkan dengan 5 kamera belakang dengan empat daripadanya adalah kamera sebenar. Berikut adlaah spesifikasi kamera belakang P40 Pro+:

  • 50MP (23mm) F1.9
  • 40MP (18mm) F1.8
  • 8MP (125mm) F3.4
  • 8MP (240mm (f4.4)
  • 3D ToF

Kalau anda perasan, ia ada dua kamera telefoto, satu yang berikan 5x zum optikal dan satu lagi berikan 10x zum optikal. Huawei turut mengumumkan yang keupayaan mengezumnya adalah sama jauh dengan yang ada pada Samsung Galaxy S20 Ultra iaitu 100x.

Di bahagian dahi, ia menggunakan konfigurasi dwikamera selfie, satu 32MP dan satu lagi 3D ToF.

Huawei memperlengkap telefon ini dengan panel paparan melengkung di keempat-empat penjuru yang dipanggi Quad-overflow Display. Anda menikmati imej melalui panel OLED dengan kadar segar semula 90Hz pada resolusi 2640 x 1200 piksel.

Atas papan utama, ia diperkasa SoC Kirin 990 5G, sama seperti Mate 30 Pro dan digandingkan bersama RAM 8GB serta storan sama ada 256GB ataupun 512GB. Storan boleh diperluas melalui kad NM.

Huawei P40 Pro+ dibekalkan bateri berkapasiti 4,200mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 40W melalui kabel ataupun secara wayarles.

Dalam kalangan tiga telefon yang dilancarkan ini, dua daripadanya miliki tahap kalis air dan debu IP68 iaitu P40 Pro+ dan P40.

Huawei P40 Pro & Huawei P40

Dua saudara bawah P40 Pro+ ini berkongsi banyak persamaan kecuali pada bahagian kamera.

Huawei P40

Terlebih dahulu pada bahagian kamera, P40 Pro hadir dengan kuadkamera belakang dan dwikamera depan. Ia ada semua yang ada pada P40 Pro+ kecuali kamera telefoto 10x zum optikal dan kamera 5x zum optikal telefon ini menggunakan sensor 12MP.

BACA  Penghantaran ke pejabat dibatalkan, Lazada saran pelanggan tukar alamat penghantaran ke rumah

P40 biasa pula datang dengan trikamera belakang dan dwikamera depan. Untuk kamera belakang, ia miliki konfigurasi seperti berikut:

  • 50MP (23mm) F1.9
  • 16MP (17mm) F2.2
  • 8MP (80mm) F2.4 OIS

Kedua-dua P40 Pro dan P40 berkongsi kamera selfie yang sama dengan P40 Pro+.

Huawei P40 Pro

Lagi benda yang sama adalah penggunaan SoC Kirin 990 5G. Ia bermaknsa semua varian siri P40 ini menyokong rangkaian 5G masa depan.

Berikut adalah konfigurasi RAM dan storan untuk P40 Pro dan P40.

Huawei P40

  • RAM 6GB + Storan  128GB
  • RAM 8GB + storan 128GB
  • RAM 8GB + storan 256GB

Huawei P40 Pro

  • RAM 8GB + Storan  128GB
  • RAM 8GB + storan 256GB
  • RAM 8GB + storan 512GB

Untuk saiz fizikal, P40 adalah yang paling kecil. Ia ada paparan sebesar  6.1” beresolusi FHD+ daripada penal jenis OLED. P40 Pro pula berkongsi saiz paparan dengan P40 Pro iaitu 6.58” OLED FHD+.

Saiz yang lebih kecil juga melambangkan kapasiti bateri yang sedikit kecil. P40 ada bateri 3,800mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Untuk P40 Pro, ia ada bateri 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W dan 27W wayarles.

Harga

Tak semua varian P40 ini ada harganya. Huawei mengumumkan satu saja harga untuk setiap model.

Berikut adalah sebahagian harga keluarga P40 Pro+

  • P40 Pro+ (8+512) – EUR1399 (RM6,708)
  • P40 Pro (8+256) – EUR999 (RM4,790)
  • P40 (8+128) – EUR799 (RM3,831)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.