• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook Messenger tampil versi desktop, pilihan baharu untuk berkomunikasi di saat PKP

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:59 pm
  • 03/04/2020
  • Komen
Facebook Messenger tampil versi desktop, pilihan baharu untuk berkomunikasi di saat PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook melancarkan aplikasi Facebook Messenger versi desktop bagi memudahkan komunikasi maya antara penggunanya.

Dilancarkan pada saat dunia berdepan pandemik COVID-19, aplikasi ini tersedia untuk platform MacOS dan Windows dan boleh didapati menerusi Mac App Store dan Microsoft Store.



Tidak jauh berbeza dengan versi telefon dan web, aplikasi Facebook Messenger versi desktop memudahkan anda untuk berkomunikasi tanpa had menerusi mesej dan panggilan video persendirian atau berkumpulan. Ia juga mempunyai mod gelap dan pengguna juga boleh berkongsi GIF kepada rakan-rakan.

Dengan adanya aplikasi ini secara berasingan (tanpa perlu membukanya di pelayar web), pengguna boleh melakukan pelbagai tugas pada satu masa seperti melakukan kerja pejabat sambil berkomunikasi dengan rakan sekerja.



Pengguna juga akan menerima notifikasi untuk mesej yang masuk dan boleh memilih untuk mendiamkannya (mute). Setiap mesej diterima akan dikemaskini dalam semua peranti meskipun anda membukanya di desktop.

Membuat panggilan atau sidang video merupakan perkara yang boleh membantu mengeratkan hubungan antara keluarga dan kenalan, terutama dalam keadaan sebahagian besar penduduk dunia sedang menjalani kuarantin ekoran penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, seperti yang berlaku kepada aplikasi Zoom, ada kemungkinan yang pengguna boleh terdedah kepada kebocoran maklumat peribadi.

Meskipun komunikasi maya merupakan cara selamat untuk berhubung pada masa ini, pengguna juga harus berhati-hati bagi mengelakkan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga. Facebook Mesenger merupakan salah satu aplikasi mesej yang mempunyai pengguna yang ramai. Diharap versi desktop juga selamat untuk pengguna.

Tags: FacebookFacebook Messenger
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Facebook Messenger tampil versi desktop, pilihan baharu untuk berkomunikasi di saat PKP

Facebook Messenger tampil versi desktop, pilihan baharu untuk berkomunikasi di saat PKP

3 April 2020
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN