• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Monitor dan laptop Acer lebih murah di Shopee 4.4

  • OLEH Najib
  • 2:33 pm
  • 04/04/2020
  • Komen
Monitor dan laptop Acer lebih murah di Shopee 4.4
Share on FacebookShare on Twitter

Acer menyertai tawaran hebat Shopee 4.4 pada 4 April 2020 dengan pelbagai monitor serta laptop pada harga lebih rendah dari biasa. Selain itu, pengunjung boleh menggunakan kupon untuk mengurangkan lagi kos membeli-belah kali ini.

Kupon diskaun RM10 boleh digunakan untuk pembelian minima RM500, kupon RM30 untuk pembelian RM1,000 ke atas, kupon RM50 jika membeli RM1,800 ke atas dan kupon RM120 bagi pembelian RM3,600 dan ke atas.



Acer juga mengumumkan kempen ulangtahun ke-30 mereka yang tamat pada 31 Mac, dilanjutkan sehingga 15 April 2020. Pembeli produk Acer layak untuk menebus pelbagai hadiah percuma di laman web www.a-redemption.com.

Terdapat tiga stor pengedar sah Acer di Shopee yang menyertai tawaran Shopee 4.4 ini. Stor tersebut ialah Stor FiveG, Stor JustIT dan Stor NBP.



Monitor Acer ditawarkan dari serendah RM269 dengan saiz 19.5-inci HD, atau RM299 bagi saiz 21.5-inci HD Penuh. Jika berminat dengan panel IPS, anda boleh mendapatkannya pada monitor 27-inci IPS berharga RM509 sahaja.

Acer turut memiliki sebuah paparan yang menyokong sambungan USB-C, mudah untuk dibawa dan disambungkan sebagai paparan kedua laptop. Monitor PM161Q memiliki ukuran 15.6-inci dan ia boleh dibeli pada 4 April dengan harga RM440 sahaja.

Bagi kaki permainan video, monitor dengan refresh rate tinggi lebih menarik perhatian. Acer menawarkan pelbagai monitor dengan refresh rate 144hz yang boleh didapati dari serendah RM579 dengan ukuran 23.6-inci, atau RM589 berukuran 24-inci. Jika mahu lebih besar, monitor Acer ED323QURA memberikan paparan 31.5-inci beresolusi 2K, pada harga RM1,129.

Pelbagai laptop mampu miliki dan berkuasa tinggi terdapat dalam barisan laptop Acer Aspire dan Swift. Laptop siri Aspire boleh dibeli dari serendah RM1,399 manakala siri Swift yang kecil dan ringan pula boleh didapati dengan harga dari RM2,359.

Segera ke Shopee pada 4 April untuk mendapatkan tawaran menarik dari Acer ini. Jangan lupa gunakan kupon bagi produk yang layak agar anda boleh menikmati lebih penjimatan.

Tags: AcerShopee
Najib

Najib

POPULAR

Monitor dan laptop Acer lebih murah di Shopee 4.4

Monitor dan laptop Acer lebih murah di Shopee 4.4

4 April 2020
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN