Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKP tamat atau dilanjutkan akan diumumkan pada 10 April

Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang mudah merebak jarak dekat sesama manusia. Larangan keluar rumah ini bermula pada 18 Mac dan perancangan awalnya tamat pada 31 Mac. Tetapi penularan COVID-19 masih belum berkurangan, membuatkan kerajaan mengambil keputusan melanjutkan PKP ke fasa kedua, sehingga 14 April 2020.

Bagaimanapun, tanda-tanda berkurangnya penularan COVID-19 masih belum jelas. Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, mereka akan memutuskan sama ada PKP akan dilanjutkan lagi buat kali kedua, pada 10 April 2020. Perkara ini perlu diperhalusi berdasarkan sains dan fakta.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk terus bekerjasama mematuhi peraturan dan panduan yang digariskan oleh KKM. Antaranya menjaga kebersihan diri dan menjarakkan diri dari orang lain di luar. Selain itu, tangguhkan sebarang perjumpaan atau berkumpul beramai-ramai untuk membantu KKM mengurangkan penularan wabak ini.

Hanya dengan data yang diperoleh hasil dari ujian setiap hari, akan memberitahui sama ada PKP perlu dilanjutkan lagi atau tidak.

Sehingga pukul 5 petang 5 April, Malaysia mencatatkan 3,662 kes positif COVID-19, dengan 61 kematian dan 1,005 kes telah sembuh. Sebanyak 51,937 sampel telah diuji dan KKM dalam proses untuk mendapatkan kit ujian saringan dengan kadar ketepatan melebihi 70%. Jika memenuhi syarat ini, lebih banyak ujian saringan akan dijalankan dan tindakan awal boleh diambil dengan mengesan, menguji dna mengasingkan mereka yang positif.

BACA  7 perkara yang anda perlu tahu tentang "Pemberitahuan Pendedahan COVID-19 Apple-Google"

Sumber: Malay Mail