Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Korea Bakal Bekal Kit Ujian COVID-19 Dengan Kejituan 80% Kepada Malaysia

Kit ujian pantas COVID-19 yang diuji kerajaan Malaysia setakat ini tidak memenuhi piawaian yang mereka inginkan. Miliki tahap kejituan 51% sahaja belum cukup baik untuk memutuskan sama ada suspek dijangkiti COVID-19 ataupun tidak. Namun, berita terbaru daripada Pengarah Kesihatan Malaysia mungkin berikan harapan baru.

Beliau umumkan yang minggu ini, akan ada kit ujian pantas COVID-19 daripada Korea yang menurut pengeluarnya, ia miliki tahap kejituan sekurang-kurangnya 80% dan menurut pihak Kementerian Keishatan, ia cukup baik untuk mengurangkan risiko ralat positif dan negatif keatas ujian.

Kit ujian pantas adalah baik kerana mampu jadi saringan awal sebelum proses ujian yang lebih jitu digunakan. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan kos kerana ujian yang digunakan kerajaan sekarang, rt-PCR, menelan belanja yang tinggi untuk satu ujian.

Tapi, menurut Dr. Noor Hisham, kita ujian pantas ini masih menggunakan sampel yang diambil daripada rongga nasal suspek. Jadi, ia tak sama langsung dengan kit yang cuba dijual MyEG beberapa minggu lalu yang menggunakan sampel darah.

Setakat 5 April 2020, Malaysia mencatatkan 3,662 kes positif COVID-19 manakala angka kematian kini mencecah 61 orang.

Laporan harian 5 April 2020 daripada KKM agak unik kerana mereka mengingatkan orang ramai supaya berlaku jujur dalam sejarah kontak rapat. Hal ini kerana, kes ke-1580 miliki sejarah perjalanan ke Itali dan ia telahpun jadi kluster tersendiri. Daripadanya, sudah ada 37 kes berkaitan kluster tersebit dan 5 orang kematian.

Sumber: MalayMail

BACA  Merah menyala pilihan warna terbaru di Galaxy S20+