• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoCar tawar bantuan buat peniaga dengan kereta sewa hanya RM30 sehari

  • OLEH Najib
  • 9:16 am
  • 07/04/2020
  • Komen
GoCar tawar bantuan buat peniaga dengan kereta sewa hanya RM30 sehari
Share on FacebookShare on Twitter

GoCar merupakan sebuah platform sewa kereta dalam talian, kini menawarkan satu inisiatif bagi membantu peniaga tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meneruskan perniagaan di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inisiatif tersebut dipanggil GoCar for Delivery.

Dalam inisiatif ini, semua kereta Nissan Almera di GoCar kini boleh disewa pada kadar hanya RM30/hari. Ia merupakan kadar paling rendah pernah ditawarkan oleh GoCar. Kadar biasa untuk Nissan Almera ialah RM59/hari. Dengan GoCar for Delivery, peniaga boleh menggunakan kenderaan ini untuk membeli barang di supermarket serta membuat penghantaran.



Kepada peniaga yang berminat dengan inisiatif ini, boleh mendaftar dengan mengisi borang di laman web di GoCar for Delivery. Selepas itu, satu emel bersama kod promosi akan dihantar. Jika belum mendaftar di GoCar, daftar dahulu secara percuma dan gunakan kod promosi tersebut untuk menempah Nissan Almera pada kadar RM30/hari.

Tempahan kerewa sewa GoCar tidak memerlukan sebarang interaksi sesama manusia, semuanya dilakukan menerusi aplikasi sahaja. GoCar juga tidak mengenakan sebarang had jarak perjalanan. Di samping itu, tisu anti bakteria turut disediakan di dalam kereta, bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga.



Kereta sewa GoCar tersedia sepanjang masa 24/7. Jika berhadapan masalah atau ada pertanyaan, talian bantuan pelanggan GoCar turut bersedia membantu setiap masa 24/7.

Perkara ini pasti dapat membantu peniaga menjana pendapatan dengan menjual produk mereka dan membuat penghantaran sendiri bila perlu. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web GoCar for Delivery.

Tags: COVID-19GocarPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

GoCar tawar bantuan buat peniaga dengan kereta sewa hanya RM30 sehari

GoCar tawar bantuan buat peniaga dengan kereta sewa hanya RM30 sehari

7 April 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN