• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Setiap isi rumah akan terima 4 keping topeng muka percuma

  • OLEH Najib
  • 6:37 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
PKP: Setiap isi rumah akan terima 4 keping topeng muka percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam laporan harian Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi bahawa kerajaan akan mula mengedarkan topeng muka percuma ke seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Sebanyak 24.6 juta topeng muka diperuntukkan di mana sebahagian darinya dibeli sendiri oleh kerajaan Malaysia. Setiap isi rumah akan menerima empat topeng muka percuma. Beliau turut mengingatkan, topeng muka harus dipakai oleh mereka yang menunjukkan gejala batuk dan selsema sahaja, seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kerajaan akan agih empat topeng muka percuma kepada semua ketua isi rumah di seluruh negara – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/zCPQjkHhSG

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 8, 2020

Pengagihan di seluruh negara itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Ia akan diedarkan oleh APM kepada Majlis Keselamatan Negeri, seterusnya ke daerah melalui Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah. Dari pusat jawatankuasa ini, topeng muka akan diagihkan petugas ke setiap rumah.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, ia akan dihantar oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menerusi perkhidmatan penerbangan khas oleh TUDM esok sebelum bekalan diagihkan ke setiap daerah dan rumah.



Sumber: Berita Harian, KPDNHEP

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKP: Setiap isi rumah akan terima 4 keping topeng muka percuma

PKP: Setiap isi rumah akan terima 4 keping topeng muka percuma

8 April 2020
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN