Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Anda Rasakan Xiaomi Mengejek Huawei Pada Kotak Mi 10? Anda Perlu Baca Plot Twist Ini

Kalau anda mengikuti portal SoyaCincau BM, pada 28 Mac 2020 yang lalu, Xiaomi mengumumkan keluarga Mi 10 mereka di Eropah.

Ada 3 model semuanya iaitu Mi 10 Lite, Mi 10, dan Mi 10 Pro yang dijual pada harga bermula EUR349. Di Eropah, Sepanyol membuka tempahan memilikinya pada 1 April 2020 dan pengedaran pada 15 April manakala ada negara seperti Itali, Perancis, dan Jerman mula menjualnya pada 7 April 2020.

Tapi isunya bukan pada harga dan bila, tapi pada kotak produk ini. Ada pengguna yang berkongsikan rupa fizikal kotak Mi 10 Pro dan tumpuan diberikan pada satu ayat yang berbunyi:

with easy access to the Google apps you use most

Sekilas pandang, pengguna biasa tentu akan mengaitkannya dengan telefon Huawei yang tidak hadir dengan Google Mobile Services, lantas menyimpulkan Xiaomi mempersendakan “rakan sekampung” mereka. Hal ini diperkukuh dengan berita pelancaran Huawei P40 Pro serta kegusaran kehilangan pegangan pasaran kepada Huawei.

Tapi, cerita sebenarnya tak seperti yang anda jangka.

Plot Twist pada kotak Xiaomi Mi 10 Pro

Di laman Weibo rasmi Xiaomi, selepas menyedari sudah ada cakap-cakap tentang perkara ini, pihak mereka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Petikan utusan Xiaomi di Weibo diterjemahkan seperti berikut:

Kami menyedari adanya perbincangan tentang kotak produk telefon Xiaomi terbaru kami untuk pasaran antarabangsa. Untuk mengelakkan salah faham, penjelasan kami adalah seperti berikut:

  1. Frasa tersebut perlu diletakkan sebagai salah satu syarat perjanjian kerjasama. Konsepnya sama seperti frasa “power by android” (semasa anda boot telefon) dan (pelekat) “intel inside” pada komputer.
  2. Oleh sebab perjanjian terdahulu antara Xiaomi dengan rakan (Google) telah tamat, Xiaomi telah jadi pengeluar pertama yang hasilkan produk dibawah perjanjian baru dan yang pertama memasarkannya.
  3. Kami berharap pengeluar telefon global boleh bekerjasama dengan semua orang untuk wujudkan ekosistem (produk) yang lebih mapan.

Merujuk istilah “power by android” dalam point 1, ia bukanlah perkara baru. Dalam dokumen rasmi Google iaitu “GMS Requirements v7.0”, pengeluar produk yang ingin gunakan GMS perlu memasukkan frasa “Power by Android” pada skrin boot.

BACA  Adakah Google Chromecast akan datang dengan Android TV di dalamnya?

Sebab itulah setiap kali anda hidupkan telefon, ia akan terpampang seketika.

Jadi, anda boleh jangkakan semua telefon baharu yang dijual selepas Mi 10  dan ada sokongan GMS, akan ada frasa yang sama tercetak pada kotaknya.

Sumber: Xiaomi