Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Proton lanjut jaminan kenderaan sehingga tamat PKP

Proton mengumumkan bahawa jaminan kenderaan keluaran syarikatnya akan dilanjutkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, bagi mengurangkan beban serta kerisauan pemilik terhadap kenderaan mereka.

Menurut Proton, lanjutan jaminan kenderaan juga diberikan, sebagai langkah sokongan pihaknya terhadap pelaksanaan PKP. Pada masa sama pihak proton turut menutup semua pusat servisnya sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Jelas proton lagi, lanjutan jaminan diberikan sebanyak 1,000 km atau 30 hari (mana yang dahulu).  Ia terpakai kepada jaminan kenderaan yang berakhir dalam tempoh PKP. Bagi mereka yang terlepas tempoh servis semasa PKP, jaminan kenderaan juga tidak akan terjejas.

Bagi memastikan jaminan kekal aktif, pelanggan dinasihatkan supaya melakukan servis kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas PKP tamat. Pelanggan juga perlu menghubungi pusat servis PROTON bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari selepas hari terakhir PKP.

Proton turut menyarankan pelanggannya supaya melakukan penyelenggaran ringkas terhadap kenderaan mereka seperti:

  • Mengecas bateri kenderaan dengan cara memanaskan enjin
    • Bateri kenderaan perlu dicas sekurang-kurangnya sekali dalam tujuh hari selama 10 minit. Elakkan memasang radio atau penghawa dingin semasa memanaskan enjin kenderaan.
  • Periksa tekanan angin tayar
    • Pemeriksaan tayar perku dilakukan setiap dua minggu. Tayar boleh kempis jika kenderaan tidak bergerak dalam tempoh yang lama.
  • Bersihkan kenderaan (basmi kuman)setiap kali keluar rumah
    • Sepanjang tempoh PKP, beri perhatian kepada bahagian kenderaan yang sering disentuh. Bersihkan bahagian seperti stereng, tombol gear, pemegang pintu, suis tingkat dan sebagainya dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.
  • Naikkan bilah pengelap cermin
    • Jika kenderaan diletakkan kawasan terbuka, naikkan bilah pengelap cermin supaya getahnya tidak rosak berikutan suhu panas cermin yang terdedah kepada matahari.
  • Gerakkan tayar kenderaan
    • Elakkan kenderaann terbiar di parkir. Bawa kenderaan keluar pagar sebentar (menggerakkannya ke hadapan dan belakang) supaya tayar bergolek.
BACA  Proton X70 akan menerima penapis kabin N95 dan boleh dipasang untuk model lama

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi e-mel atau talian hotline, 1800-88-8398.

Selepas tamat PKP, pusat servis kenderaan akan jadi antara lokasi serbuan bagi mereka yang ingin menyelenggara kenderaan. Pastikan buat temu janji dahulu, tidaklah anda membazir masa mencari pusat servis tetapi semuanya penuh.

Sumber: Proton