Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Video pertama Mechamato capai lebih 100,000 tontonan selepas dua jam ditayangkan

Syarikat animasi tempatan, Monsta menayangkan video pertama produk terbarunya, Mechamato iaitu adiwira yang juga merupakan bapa kepada BoBoiBoy.

Video yang dimuat naik di platform media sosial dan laman video Youtube itu, telah menjadi tular di Twitter dengan #HiMechamato dan mendapat lebih 100,000 tontonan selepas dua jam ia ditayangka pada 7 April 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak, video berkenaan merupakan konsep dan klip buat siri tersebut. Ia pada awalnya hanya diperlihatkan secara dalaman. Keputusan untuk menayangkannya secara umum diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus, memaklumkan perkembangan terkini siri terbaru itu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang pengumuman berhubung tarikh tayangan siri baharu berkenaan dan pihak Monsta juga memberitahu, akan berkongsi sebarang informasi tambahan dalam masa terdekat.

Berdasarkan video berdurasi 3.05 minit itu, penonton akan melihat perkenalan awal watak siri ini, Amato dengan robot MechaBot, yang menjadi titik awal kewujudan adiwira Mechamato. Mechabot adalah robot dari planet lain yang berupaya dijenterakan dengan pelbagai objek termasuklah menjadi sut adiwira yang dipakai Amato. Terdapat juga beberapa watak rakan ataupun musuh-musuh yang diperihatkan dalam video ini.

Sebelum ini, watak Amato (dewasa) turut diperkenal menerusi satu klip di akhir filem BoBoiBoy 2, tahun lalu. Lanjutan itu, Monsta juga pada Disember 2019 turut mengumumkan bahawa pihaknya akan memfokuskan penghasilan siri animasi Mechamato dan Papa Pipi tahun ini.

Terdahulu, sebagai tanda sokongan terhadap PKP, Monsta telah mengawalkan tayangan filem BoBoiBoy Movie 2 di saluran televisyen Astro Ria, Astro Ceria dan AstroUHD pada 27 Mac 2020.

BoBoiBoy sudah berada dalam liga sendiri, mungkin perkaitan watak siri ini dengan peneraju utama Mechamato dapat membantu menjadikan animasi baharu ini mudah diterima penonton. Lepas ini mungkin ada adiwira yang juga ibu kepada BoBoiBoy.

BACA  iPhone 11 tewaskan Redmi Note 8 sebagai telefon paling popular di dunia