iPad Pro terbaru dan aksesorinya mula dijual di Malaysia

Tablet terbaru berkuasa tinggi dari Apple, iPad Pro 2020 kini telah mula dijual di Stor Online Apple Malaysia. Peranti yang dikatakan dapat mengganti komputer ini datang dengan tiga kamera belakang dan diperkenal bersama papan kekunci Magic Keyboard yang terbina bersama trackpad.

Terdapat dua saiz skrin iPad Pro yang boleh dibeli, 11-inci dan 12.9-inci. Ia juga datang dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan perak. Harga rasmi iPad Pro terbaru ini adalah seperti berikut:

iPad Pro 11”

  • 128GB+Wi-Fi – RM3,499
  • 128GB+LTE- RM4,149
  • 256GB+Wi-Fi – RM3,949
  • 256GB+LTE – RM4,599
  • 512GB+Wi-Fi – RM4,849
  • 512GB+LTE – RM5,499
  • 1TB+Wi-Fi – RM5,749
  • 1TB+LTE – RM6,399

iPad Pro 12.9”

  • 128GB+Wi-Fi – RM4,399
  • 128GB+LTE – RM5,049
  • 256GB+Wi-Fi – RM4,849
  • 256GB+LTE – RM5,499
  • 512GB+Wi-Fi – RM5,749
  • 512GB + LTE – RM6,399
  • 1TB+Wi-Fi – RM6,649
  • 1TB+LTE – RM7,299

Jika anda membuat tempahan sekarang, iPad Pro ini dijangka tiba di antara 23-27 April, bermaksud selepas PKP dijangka telah tamat.

Apple memperkenalkan aksesori baru buat iPad Pro ini iaitu Magic Keyboard, sebuah papan kekunci bersama trackpad pelbagai sentuhan. Ia turut boleh menegakkan tablet ini ke sudut yang selesa digunakan tetapi hanya mula dijual bermula Mei 2020. Harga jualannya ialah RM1,349 untuk model 11-inci dan RM1,549 bagi model 12.9-inci.

Selain itu, terdapat juga Smart Keyboard Folio, papan kekunci biasa yang turut bertindak sebagai pelindung skrin, serta Apple Pencil generasi kedua. Smart Keyboard Folio dijual pada harga RM769 untuk model 11-inci dan RM869 bagi model 12.9-inci. Manakala Apple Pencil untuk iPad Pro dijual pada harga RM549.

iPad Pro terbaru ini dikuasakan cip Apple A12Z Bionic yang Apple menyatakan lebih berkuasa dari laptop masakini. Ia menampilkan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 12MP, kamera sudut lebar 10MP dan kamera LiDAR, yang digunakan sebagai pengesan cahaya dan jarak. Kamera LiDAR sangat berguna untuk digunakan dalam perisian realiti terimbuh (augmented reality).

iPad Pro menggunakan skrin Liquid Retina bersama teknologi ProMotion dan True Tome. Ia turut dipasang dengan empat speaker dan memiliki hayat penggunaan sehingga 10 jam dengan sekali caj. Ia menggunakan port USB-C untuk mengecas.