Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TM, TNB, FGV dan Tabung Haji, antara yang mendapat Pengerusi baru tidak lama lagi?

Selepas perubahan kerajaan yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8, banyak jawatan-jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan turut bertukar. Kini timbul khabar angin bahawa beberapa kedudukan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), akan digantikan dengan ahli politik.

Salah satu darinya adalah Telekom Malaysia (TM). Harian Metro melaporkan, Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan dilantik menjadi pengerusi Telekom Malaysia Berhad. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 2015 hingga 2018. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau pada tahun 2013 hingga 2015.

Datuk Seri Mahdzir Khalid. Sumber: Malay Mail

Pengerusi TM sekarang, Rosli Man menduduki kerusi Pengerusi TM pada Disember 2018, menggantikan Dr Sulaiman Mahbob. Rosli Man adalah seorang veteran dalam bidang telekomunikasi dengan pengalaman di dalam industri selama 33 tahun.

Selepas dilantik sebagai Pengerusi, Rosli Man telah melantik Noor Kamarul sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM. Noor Kamarul adalah CEO tetap pertama TM sejak Dato Sri Mohammed Shazalli Ramly meletak jawatan pada Jun 2018.

Selain dari TM, terdapat juga ura-ura mengatakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pengerusi sekarang, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir baru sahaja menjadi Pengerusi TNB, menggantikan tempat Tan Sri Leo Moggie yang melepaskan jawatan pada Februari tahun ini.

Khabar angin lain yang turut tersebar termasuk Datuk Seri Idris Jusoh di Felda, Datuk Seri Rohani Karim di Bernas, Datuk Seri Shahidan Kassim di FGV and Datuk Hasbullah Osman di SPNB. Spekulasi yang lain pula adalah Datuk Seri Hajiji dilantik Pengerusi Tabung Haji, Datuk Shabudin Yahaya di Felcra dan Tan Sri Noh Omar di MISC.

BACA  TM sedia kemudahan Internet bantu pelajar PdPR, lebih 1,000 sambungan jalur lebar percuma disediakan

Penganalisa politik melihat semua lantikan ahli politik ini adaah untuk mendapat sokongan kepada kerajaan yang baru dibentuk. Perkara ini dapat dijangka lebih awal apabila melihat kementerian yang ditambah dari sebelumnya, serta meletakkan dua timbalan menteri dalam satu kementerian.

Sumber: Harian Metro