• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple dilapor “kitar semula” SoC iPad Pro 2018 Untuk Diguna Pada Model 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:28 pm
  • 15/04/2020
  • Komen
Apple dilapor “kitar semula” SoC iPad Pro 2018 Untuk Diguna Pada Model 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Ada beberapa spekulasi yang berlegar-legar tentang cip pemproses yang menggerakkan iPad Pro 2020. Jika iPad Pro 2018 menggunakan A12X Bionic, dalam tahun 2020 mereka menggunakan A12Z Bionic. Daripada nama tersebut, ia mencadangkan kedua-dua cip ini adalah derivatif antara satu sama lain.

Selepas penelitian fizikaliti cip tersebut, ternyata spekulasi yang A12Z ialah “kembar” A12X adalah benar. Penyelidik telah meneropong kedua-dua cip ini menerusi mikroskop elektron dan mengesahkannya.



A close up of a computer

Description automatically generated
Keadaan permukaan SoC A12X (kiri) Bionic disebelah A12Z Bionic (kanan)

Sewaktu dilancarkan, A12X pada iPad Pro 2018 dikatakan hadir dengan 8 CPU (4 Apple Vortex dan 4 Apple Tempest), bersama-sama dengannya ia turut mengandungi 7 kluster GPU Gen. A-12. Bezanya pada A12Z adalah kluster GPU kini telah jadi 8 semuanya kerana 1 kluster dimatikan dalam tahun 2018.

Tidaklah diketahui kenapa Apple mengambil langkah sedemikian. Menurut spekulasi, ia disebabkan untuk mengawal tahap naik taraf prestasi untuk setiap cip keluaran mereka agar untuk cip-cip yang akan datang, mereka masih miliki sesuatu untuk dipersembah pada pengguna.



iPad Pro (2020) Terima Tambah Baik Saujana Dan Bersedia Gantikan Laptop Anda

Contohnya, jika mereka manggunakan A12Z dalam tahun 2018, untuk tahun 2020 mereka perlu hadir dengan A13X yang dibangunkan berasaskan cip keluarga iPhone 11.

Penjelasan ini masuk akal juga kerana sejak A12 lagi, Apple sudahpun menggunakan pengeluaran TSMC 7nm dan untuk pergi lebih kecil daripada itu agak mustahil. Sudahnya, pengoptimuman yang minimum saja mampu dibuat mereka buat masa sekarang.

Perkara ini adalah langkah biasa kerana dalam telefon pintar Android pun telah berlaku sejak sekian lama. Contoh terbaharu adalah Snapdragon 855 dan Snapdragon 855+.

Sumber: TechInsights, AnandTech, NotebookCheck

Tags: ipadipad pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Apple dilapor “kitar semula” SoC iPad Pro 2018 Untuk Diguna Pada Model 2020

Apple dilapor “kitar semula” SoC iPad Pro 2018 Untuk Diguna Pada Model 2020

15 April 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN