Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Siri OnePlus 8 dilancarkan, akhirnya miliki pengecas wayarles dan kalis air

Siri OnePlus 8 akhirnya tampil secara rasmi setelah ia dilancarkan menerusi strim atas talian pagi tadi. Terdapat dua model dalam keluarga ini iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Kedua-duanya adalah telefon pintar kelas flagship, menggunakan kuasa pemproses Snapdragon 865 bersama 5G terbina di dalamnya.

Terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua model ini. Ia dapat dilihat apabila jurang harganya yang sangat besar. Di Eropah, tempahan awalnya dibuka hari ini dan mula dijual pada 21 April. Di Amerika Syarikat pula, ia akan mula dijual pada 29 April.

Harga jualan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro adalah seperti berikut:

OnePlus 8 (RAM 8GB + Storan 128GB) – USD699 (~RM3,028)
OnePlus 8 (RAM 12GB + Storan 256GB) – USD799 (~RM3,461)

OnePlus 8 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – USD899 (~RM3,894)
OnePlus 8 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – USD999 (~RM4,328)

OnePlus 8 Pro

Telefon pintar paling perkasa dari OnePlus ini sebenarnya sangat mirip dengan Oppo Find X2 Pro. Ia menggunakan semua perkakas terbaik yang ada di pasaran masakini, seperti pemproses Snapdragon 865 bersama 5G, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS3.0 sehingga 256GB.

Skrin OnePlus 8 Pro merupakan salah satu paparan terbaik masakini. Ia berukuran 6.78-inci dari jenis Fluid AMOLED, dengan resolusi QHD+ dan refresh rate setinggi 120Hz. Selain itu, ia juga sangat sensitif sentuhan dengan Touch Sampling Rate 240Hz. Perkara penting untuk pemain game aksi yang memerlukan kepantasan. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin ini.

Bateri di dalamnya sebesar 4,510mAh. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar Warp Charge 30T USB-C, berkuasa 30W. Pengecasan wayarles juga turut terdapat di telefon ini, berupaya menerima tenaga masuk sehingga 30W juga.

BACA  Tawaran kerja ini ada skop kerja hanya bermain Animal Crossing, tapi gajinya lebih RM11 ribu sebulan

Mungkin OnePlus ingin menjimatkan sedikit kos di bahagian kamera, kerana ia tidak menggunakan kamera yang sama dengan Oppo Find X2 Pro. Terdapat 4 kamera belakang OnePlus 8 Pro. Kamera utamanya 48MP F1.78 yang menggunakan sensor khas Sony IMX689, berukuran 1.14-inci. Kamera ultra lebar pula 48MP F2.2, kamera telefoto 8MP F2.44 berkemampuan zum optikal 3x, bersama kamera keempat ialah lensa penapis warna 5MP F2.4.

Kamera hadapannya 16MP F2.45, menggunakan sensor Sony IMX471. Kamera ini terletak di dalam lubang kecil di dalam skrin hadapan, dengan lubang yang sangat kecil, berukuran 3.8mm sahaja.

Lain-lain perkara di OnePlus 8 Pro ini adalah ia kalis air dan debu IP68, menyokong dua kad sim nano tetapi tidak kad mikroSD, tiada jek audio 3.5mm, memiliki speaker stereo Dolby Atmos serta datang dengan standard WiFi 6 terbaru.

Terdapat tiga warna diperkenalkan untuk OnePlus 8 Pro iaitu Glacial Green, Ultramarine Blue dan Onyx Black.

OnePlus 8

Telefon ini dihebahkan sebagai telefon flagship kompak yang dinanti ramai. Tidak pasti apa definisi kompak yang digunakan kerana skrinnya berukuran 6.55-inci, saiz yang sangat biasa untuk peranti masakini.

Tetapi prestasinya memang berkuasa tinggi. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 865 bersama 5G, jenis RAM pula LPDDR4X sehingga 12GB, bersama storan UFS3.0 berkapasiti sehingga 256GB.

Skrin OnePlus 8 tidak sehebat versi Pro. Ia berukuran 6.55-inci dari jenis Fluid AMOLED, tetapi resolusi HD Penuh sahaja, bersama refresh rate 90Hz. Pengimbas capjari terbina di dalam skrin ini.

Dengan skrin kecil, baterinya juga dikecilkan. Bateri di dalam OnePlus 8 sebesar 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar Warp Charge 30T USB-C, berkuasa 30W. Tetapi tiada sokongan pengecas wayarles padanya.

BACA  Samsung perkenal Galaxy S20 Ultra dengan warna baharu, Putih Awan

Kamera belakang pula ada 3 sahaja, dengan ketiadaan lensa penpais warna dan lensa telefoto. Kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX586 48MP F1.75, manakala kamera ultra lebar ialah kamera 16MP F2.2. Kamera ketiganya adalah kamera makro 2MP F2.4.

Kamera hadapan OnePlus 8 sama dengan versi Pro. Ia menggunakan sensor Sony IMX471 16MP F2.45, terletak di dalam lubang yang sangat kecil di skrin hadapan, berukuran 3.8mm sahaja.

Satu lagi perkara penting pada OnePlus 8 ialah ia tidak kalis air dan debu. Selain itu ia sama dengan versi Pro seperti menyokong dua kad sim nano tetapi tidak kad mikroSD, tiada jek audio 3.5mm, memiliki speaker stereo Dolby Atmos serta datang dengan standard WiFi 6 terbaru.

Terdapat tiga warna untuk OnePlus 8 tetapi satu warna yang berbeza dari versi Pro. Warna tersebut ialah Glacial Green dan Onyx Black, serta warna Interstellar Glow.