Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

U Mobile akan menawarkan iPhone SE 2020 tidak lama lagi

Minggu lepas, Apple telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru dengan harga mampu milik, dikenali sebagai iPhone SE 2020. Tarikh penjualannya di Malaysia masih belum diketahui tetapi kita boleh menjangkakannya dalam masa terdekat kerana U Mobile, telah mengesahkan mereka akan menawarkannya tidak lama lagi.

Buat masa ini, iPhone SE 2020 dibuka tempahan awalnya di beberapa negara dalam gelombang pertama jualan seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura. Jualannya akan bermula pada hari Jumaat ini.

Untuk Malaysia, ia dijangkakan akan dijual pada minggu pertama bulan Mei melihatkan penjualan iPhone 11 sebelum ini tiba di Malaysia seminggu selepas dijual di Singapura.

Sudah pasti, U Mobile akan menawarkan telefon ini bersama kontrak pelan panggilan mereka. Untuk iPhone 11, telefon tersebt ditawarkan dengan pelan ansuran UPackage bersama kontrak 24-bulan. Belum diketahui pelan yang manakah akan digandingkan dengan iPhone SE 2020, tetapi mungkin pelan pascabayar P99 dan P139 dengan internet tanpa had akan menjadi pilihan.

iPhone SE 2020 merupakan telefon pintar berkuasa tinggi dengan harga jauh lebih rendah dari iPhone sedia ada. Ia memiliki badan iPhone 8 bersama Touch ID, kamera iPhone XR dengan satu kamera belakang, tetapi kuasa seperti iPhone 11 kerana menggunakan cip A13 Bionic terbaharu.

Harga jualan iPhone SE 2020 telah dikeluarkan, seperti berikut:

  • iPhone SE 2020 64GB – RM1,999
  • iPhone SE 2020 128GB – RM2,199
  • iPhone SE 2020 256GB – RM2,699

Jika anda pengguna iPhone sedia ada, adakah anda perlu bertukar ke iPhone SE 2020? Kalau masih tak boleh buat keputusan, kami boleh bantu anda menerusi senarai semak di artikel di bawah ini.

Sumber: U Mobile

BACA  Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook