Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kalaulah anda tahu rahsia di sebalik putih susu realme 6i

Artikel ini dibawa kepada anda oleh realme Malaysia

realme 6i adalah peranti terbaharu yang memasuki Malaysia. Model ini dijual pada harga bermula RM799 secara dalam talian. Tapi artikel ini bukanlah berkisarkan penjualan mahupun spesifikasinya. Sebaliknya, tentang nilai estetika yang terkandung dalam setiap unit realme 6i di luar sana.

A close up of a device

Description automatically generated

Sekiranya anda sudah pun menempah realme 6i ataupun berpeluang untuk memegangnya, cubalah perhatikan bahagian belakang telefon ini. Sekilas pandang, kemasan belakang telefon ini nampak biasa bukan?

A picture containing building, sitting, table, white

Description automatically generated

Cuba anda renung sebentar dan tanya dua perkara berikut:

  1. Pengeluar manakah yang berani terapkan kemasan unik sebegini pada produk mereka?
  2. Kalaupun mereka mahu buat kemasan seperti ini, bagaimanakah caranya?
A picture containing table

Description automatically generated

Dua soalan ini tentu dengan mudah boleh dijawab oleh realme dan Naoto Fukasawa. Kalau anda nak tahu, kedua-dua pihak ini telah bekerjasama dalam penghasilan beberapa model telefon. Dalam tahun 2019 sahaja, kita ada 3 model yang menerima sentuhan pereka industri, En. Fukasawa.

A person wearing a suit and tie

Description automatically generated

Nak tahu model mana yang “dikerjakan” beliau mudah saja. Biasanya, model telefon itu ditawarkan dalam kemasan unik yang diinspirasikan daripada objek seharian.

Yang pertama ialah realme X2 Master Edition yaang ditawarkan dalam versi Onion dan Garlic.

A close up of a piece of paper

Description automatically generated

realme X50 juga ada Master Edition dalam versi Dots dan Lines.

A picture containing computer

Description automatically generated

Dua model Master Edition sebelum ini tidak menjengah masuk Malaysia sehinggalah pada penghujung tahun 2019, realme X2 Pro Master Edition diumumkan di Malaysia khusus buat pengguna dengan versi Red Brick. Satu lagi kemasan yang tak dijual di sini adalah versi Concrete.

A close up of a device

Description automatically generated
A picture containing refrigerator, sitting, white, standing

Description automatically generated

Baru-baru ini, realme X2 Pro menerima pengiktirafan global. Ia telah memenangi anugerah Red Dot Design 2020. Ia menandakan falsafah rekaan produk ini berjaya mencuri tumpuan para pereka industri global.

BACA  Tiada lagi DNA gamers dalam Realme 7 Pro
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

realme 6i adalah produk yang terbaharu menerima sentuhan Naoto Fukasawa dan ditawarkan dalam dua kemasan iaitu Green Tea dan White Milk. Hadir daripada susur galur Master Edition, sudah tentu kualiti binaan produk ini berada pada tahap yang tinggi.

Dalam erti kata lain, ia adalah satu lagi peranti premium daripada realme.

A picture containing bottle

Description automatically generated
A picture containing knife

Description automatically generated

Sedang pengeluar lain mengambil inspirasi daripada benda abstrak dan yang berada di luar angkasa raya sana, realme hanya cuma perlu toleh ke kiri dan kanan mencari ilham.

Kemasan matte realme 6i adalah unik. Berada dalam genggaman, anda rasakan seperti bahagian belakang ini ada pelekat “frosty” yang rasa seperti screen protector yang sering anda pasang pada muka telefon. Namun ia bukanlah pelekat, tetapi hasil penggunaan proses industri yang begitu teliti.

A picture containing sitting, grass, piece, food

Description automatically generated

Menurut realme, mereka mengguna pakai proses semburan cat yang unik serta kaedah menggilap ratusan kali untuk mendapatkan kesan matte yang halus. Melihat dengan teliti, anda akan perasan dengan kesan jalur-jalur menegak yang jelas kelihatan bila permukaannya memantulkan cahaya.

Nampak biasa, tetapi ada seribu-satu perkara yang berlaku di sebalik White Milk dan Green Tea.

A picture containing person, holding, hand, outdoor

Description automatically generated

Anda boleh dapatkan realme 6i pada harga seperti berikut:

  • realme 6i (RAM 3GB + storan 64GB) – RM699
  • realme 6i (RAM 4GB + storan 128GB) – RM899

Jualan istimewa realme 6i bagi varian 3GB+64GB adalah pada 23 April 2020 bermula jam 12AM di Shopee dengan diskaun RM100 manakala bagi varian 4GB+128GB boleh didapatkan melalui pengedar rasmi realme seluruh negara bermula 25 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.