Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Buat persiapan nak puasa dan raya bersama Shopee

Puasa pun belum tapi dah nak raya. Sambutan Hari Raya memang sinonim dengan rakyat Malaysia jadi tidak hairanlah kalau promosi Hari Raya telah kedengaran walaupun belum mula berpuasa. Salah satu promosi tersebut ialah di Shopee.

Shopee baru melancarkan kempen Raya bersama Shopee bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia menyambut ketibaan bulan Ramadhan sekaligus bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya. Slogan bagi kempen ini, Raya Ini Shopee Di Sisimu memperlihatkan bagaimana Shopee sentiasa bersedia menyediakan platform membeli-belah untuk pengguna, terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kempen Raya Bersama Shopee akan berlangsung dari 21 April hingga 26 Mei 2020. Pada waktu ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi, antaranya keperluan harian dari serendah RM10 seperti Milo, ayam segar, buah kurma, ikan, daging, beras dan minyak masak. Tawaran ini turut termasuk pelbagai peralatan rumah dan pakaian.

Pengguna juga boleh mendapatkan penghantaran percuma, hanya dengan berbelanja serendah RM19. Jadi lebih banyak barangan boleh dibeli dari pelbagai penjual tanpa pening memikirkan berapa banyak barangan yang perlu dibeli untuk mengurangkan kos penghantaran.

Tarikan utama dalam kempen ini ialah pada 4 tarikh ini: Jualan Hebat Raya pada 24 dan 24 April, dan Pesta Jualan raya pada 14 dan 15 Mei. Pada waktu ini, banyak barangan ditawarkan seperti diskaun sehingga 80%, tawaran RM1 untuk produk terpilih serta penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum diturunkan kepada RM10 sahaja. Pengujung perlu memberi lebih tumpuan pada waktu ini, pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Shopee juga membangunkan portal khas, Salam by Shopee yang menyediakan banyak perkara berkaitan puasa dan hari raya. Antara yang disediakan ialah:

  • Koleksi Terkini: Koleksi produk terbaharu daripada pelbagai kategori berdasarkan tema mingguan untuk membantu pembeli dalam persiapan Raya mereka.
  • Resipi Raya: Resipi hidangan lazat untuk memberi inspirasi dan memudahkan pengguna mencari ramuan masakan.
  • Pilihan Halal: Bahagian ini menampilkan produk-produk daripada jenama yang disahkan Halal untuk kemudahan pengguna yang mencari produk Halal.
  • Azan: Peringatan masuknya waktu solat kini boleh dibuat dalam aplikasi untuk manfaat para pengguna Muslim.
  • Derma: Pengguna boleh memberi sumbangan kepada organisasi-organisasi amal di Shopee, seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia, MAKNA dan NKF. Sehingga sekarang, Shopee telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM450,00 untuk Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia bagi membantu petugas barisan hadapan yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi.
BACA  COVID-19: 8 kes dicatatkan dengan tiada satupun daripada Sarawak

Shopee turut menyediakan kandungan hiburan Hari Raya untuk pengguna nikmati di rumah, seperti:

  • Shopee Live: Tontoni kandungan menarik seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran. Shopee Live juga akan menayangkan rancangan hiburan MeleTOP yang menampilkan lagu, filem, parodi dan gosip terkini. Rancangan ini akan disiarkan pada 21 dan 28 April, serta 5 dan 12 Mei, pada jam 9 malam.
  • Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not bersama seisi keluarga untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
  • Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.

Layari laman web Shopee dan aplikasi mudah alih Shopee sekarang untuk melihat semua tawaran di dalam kempen Raya bersama Shopee ini.