Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelajar USM boleh dapatkan kad sim YES 4G bersama 40GB data secara percuma

Yayasan YTL menerusi Inisiatif Belajar Dari Rumah, memberikan kad sim prabayar YES 4G percuma pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Ia sebagai usaha untuk memudahkan sesi pembelajaran yang kini dilaksanakan secara dalam talian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

30,000 pelajar USM kini boleh memohon untuk mendapatkan kad sim dengan 40 GB data, sah selama 60 hari. Setiap pelajar hanya layak menerima satu kad sim sahaja.

Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) USM, Professor Dr. Md. Roslan Hashim berkata, inisiatif ini dapat membantu pelajar yang memerlukan akses rangkaian dan data untuk menjalani kuliah mereka secara dalam talian dari kediaman mereka. Ia juga merupakan kesinambungan kerjasama antara USM dan Yayasan YTL.

Kepada pelajar USM yang ingin memohon kad sim percuma ini anda perlu:

  1. Layari laman web, ytlfoundation.org/belajardarirumah/
  2. Klik pilihan “Mohon Data 4G percuma”
  3. Isi borang permohonan
  4. Tunggu pengesahan (1 hingga 3 hari) menerusi emel atau panggilan
  5. Selepas menerima kad sim, aktifkannya di sini.

Selain pemberian kad sim percuma kepada pelajar USM, Inisitaif Belajar Dari Rumah juga memberi bantuan 40GB data YES 4G percuma kepada pelajar sekolah dan pemberian telefon pintar dan data setahun percuma kepada keluarga B40 sehingga 31 Mei 2020.

Yayasan YTL turut menyediakan platform pembelajaran maya dengan aplikasi FrogPlay Mobile Revision Quiz yang boleh dimuat turun di platform Google Play Store dan App Store serta pengajian subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar tahun satu hingga tingkatan lima.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Yayasan YTL atau laman sosial, Facebook, Instagram dan Twitter.

Sebelum ini hanya pelajar sekolah yang dapat data 40 GB dari YES 4G, kini pelajar USM turut diberkan kad sim dan data percuma. Keluarga B40 pun dapat telefon dan data percuma setahun. Bagi mereka yang layak manfaatkan pemberian ini sebaiknya.

BACA  ZV-1, percubaan kali ke-N Sony untuk cari kamera vlog sempurna