• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penumpang Malaysia Airlines wajib pakai topeng muka atau tidak dibenarkan naik pesawat

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:27 pm
  • 23/04/2020
  • Komen
Diskaun tiket penerbangan dan naiktaraf Kelas Perniagaan eksklusif untuk Maxis dan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak COVID-19, penumpang Malaysia Airlines kini dikehendaki membawa dan memakai topeng muka penutup hidung dan mulut berkuatkuasa 23 April 2020.

Pelaksanaan ini terpakai kepada semua penumpang pesawat (kecuali bayi) dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas.



Menurut kenyataan Malaysia Airlines, penumpang perlu memakai topeng muka di semua lokasi termasuk:

  • Daftar masuk
  • Ketika menaiki kapal terbang
  • Dalam kabin pesawat
  • Sewaktu pengambilan bagasi semasa ketibaan

Penumpang yang gagal mematuhi arahan ini tidak akan dibenarkan melepasi daftar masuk mahupun menaiki pesawat.



Penumpang turut dinasihatkan supaya membawa topeng muka tambahan dan pensanitasi tangan untuk kegunaan sendiri. Penjagaan jarak sosial, amalan langkah pencegahan dan keselamatan perlu diutamankan selain menghormati ruang peribadi orang lain semasa berlepas atau ketibaan.

Terdahulu, bermula April 2020, Malaysia Airlines dan Air Asia menyambung semula operasi penerbangan domestik mereka mengikut peraturan yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Setakat ini, Malaysia Airlines menyambung semula operasi penerbangan domestik mereka hanya di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri manakala, Air Asia tidak menyatakan dengan terperinci berhubung lokasi penerbangan.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia Airlines juga telah melakukan beberapa siri penerbangan kecemasan antaranya dari Phnom Penh, Kemboja, Dhaka, India, Australia, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Filipina.

Dalam keadaan penularan COVID-19, tidak kira di mana sahaja pemakaian topeng muka menjadi keperluan terutama jika di tempat yang ramai orang. Selepas ini sebelum ke lapangan terbang pastikan topeng muka juga ada bersama anda.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Tags: COVID-19Malaysia Airlines
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Diskaun tiket penerbangan dan naiktaraf Kelas Perniagaan eksklusif untuk Maxis dan Hotlink

Penumpang Malaysia Airlines wajib pakai topeng muka atau tidak dibenarkan naik pesawat

23 April 2020
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER