Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AirAsia menguji sut PPE sebagai seragam anak kapal sepanjang pandemik COVID-19

AirAsia mendedahkan bahawa mereka akan menyediakan sut pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai seragam baharu kru kabin mereka. Ia akan digunakan apabila syarikat penerbangan itu kembali beroperasi dalam tempoh pandemik COVID-19.

Menurut AirAsia, cawangan di Filipina sudah mempraktikkan pemakaian PPE termasuk mengenakan pelindung muka, topeng penutup hidung dan mulut serta sarung tangan getah. Ia dilakukan dalam penerbangan ihsan dari Bangkok ke Manila pada 24 April. Rekaan sutnya juga masih dikemaskini mengikut keperluan dan keselesaan anak kapal.

Walau bagaimanapun, seorang pereka fesyen Filipina yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones telah memuat naik gambar di dalam laman Instagram miliknya, berkenaan sut PPE AirAsia yang dikatakan rekaanya.

Beberapa gambar yang dikongsi menunjukkan sut PPE lengkap berwarna merah dan putih, beserta logo AirAsia. Setakat ini, syarikat itu tidak memberikan sebarang pengesahan bahawa rekaan itu adalah sut rasmi mereka.

Sementara itu, AirAsia juga dijadualkan akan menyambung semula penerbangan domestik mereka di beberapa negara antaranya Malaysia bermula 29 April, Thailand pada 1 Mei dan diikuti Filipina pada 16 Mei, bergantung kebenaran pihak kerajaan.

AirAsia turut melaksanakan dasar baharu penerbangan, antaranya mewajibkan penumpangnya memakai topeng muka penutup hidung dan mulut, serta membenarkan satu sahaja bagasi dibawa menaiki kabin.

Bila anak kapal dah pakai PPE, rasanya pengalaman penerbangan AirAsia kelak mungkin seperti berada di hospital. Cuma sut mereka sahaja yang berbeza, ada rekaan tersendiri.

BACA  Oppo Reno4 di Malaysia ada lebih kamera dari model yang dilancar di China

Sumber: CNA