• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:39 pm
  • 30/04/2020
  • Komen
Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail
Share on FacebookShare on Twitter

Google mengumumkan bahawa fungsi panggilan dan sidang video premium, Google Meet kini boleh digunakan secara percuma oleh semua pemilik akaun emel, Gmail bermula awal bulan Mei 2020.

Menurut Timbalan Presiden G Suite, Javier Soltero, pemberian percuma untuk penggunaan Google Meet selaras dengan keperluan orang ramai untuk berhubung dengan selamat di dalam talian bagi urusan pekerjaan, privasi mahupun sosial.



Sebelum ini, Google Meet yang hanya boleh digunakan oleh pengguna yang melanggan akaun emel G Suite perniagaan dan pendidikan, manakala pemilik akaun Gmail biasa hanya boleh mengakses Google Hangout untuk panggilan video.

Dengan penggunaan percuma ini, pengguna akaun biasa boleh menggunakan lebih banyak ciri di dalam aplikasi panggilan video seperti, susun atur paparan, penjadualan ringkas, berkongsi skrin, kapsyen secara langsung dan membesarkan paparan sidang video.



Pihak Google sentiasa memastikan faktor keselamatan pengguna terjaga terutama untuk Google Meet. Penggunaan harian aplikasi berkenaan juga telah meingkat kepada 30 kali ganda sejak Januari tahun ini. Garis panduan privasi dan keselamatan boleh rujuk di sini.

Pengguna boleh mula menggunakan Google Meet secara berperingkat bermula minggu hadapan. Fungsi ini boleh digunakan merusi web di sini atau muat turun aplikasi di Google Play Store atau App Store. Sekiranya fungsi berkenaan belum lagi boleh digunakan, pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan notifikasi sekiranya ia sudah tersedia secara percuma di sini.

Sehingga September 2020, panggilan atau sidang video boleh dilakukan tanpa had masa, selepas itu tempoh panggilan untuk pengguna akaun biasa hanya 60 minit sahaja.

Google turut mengumumkan edisi baharu untuk G Suite Essentials. Bagi syarikat atau organisasi, Google menawarkan akses percuma untuk perkhidmatan produk cloud tersebut yang juga membolehkan penggunaan Google Meet sehingga 30 September 2020. Maklumat lanjut boleh merujuk di sini.

Sepanjang PKP ini kita akan banyak bergantung kepada panggilan video untuk bersua muka dalam urusan pekerjaan, pendidikan dan sosial. Isu utama kalau berhubung dalam talian adalah keselamatan data peribadi. Moga Google Meet dapat kekalkan keselamatan pengguna semasa tempoh penggunaan percuma ini.

Tags: g suiteGmailGooglegoogle meet
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail

Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail

30 April 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN