• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kempen Ramadan Grab mudahkan masyarakat beli juadah iftar dan bantu usahawan IKS serta NGO

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:02 pm
  • 30/04/2020
  • Komen
Kempen Ramadan Grab mudahkan masyarakat beli juadah iftar dan bantu usahawan IKS serta NGO
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang bulan Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Grab melaksanakan pelbagai insiatif dan kempen untuk memastikan rakyat Malaysia kekal berada di rumah dan pada masa sama membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, dengan masyarakat mendepani PKP terutama di bulan Ramadan, Grab menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meluaskan perkhidmatan dan jaringan termasuk untuk mendapatkan juadah berbuka puasa, promosi Aidilfitri dan sumbangan amal.



Lebih banyak pilihan juadah Iftar

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan juadah berbuka puasa, Grab melaksanakan beberapa kempen dan perkhidmatan seperti berikut:

  • Grab Food Ramadan Favourite
    • Grab menawarkan pelbagai menu yang disediakan khas sempena bulan Ramadan oleh lebih 900 restoran dan rakan khidmat Grab Food. Kerjasama turut dijalinkan dengan pihak berkuasa tempatan di Seberang Perai City dan Perak. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.
  • Grab Ramadan e-Kitchen
    • Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Grab menganjurkan e-bazar yang menawarkan pelbagai pilihan menu berbuka yang di hasilkan di 10 lokasi e-kitchen sekitar negeri Selangor. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.
  • Grab Express Ramadan
    • Perkhidmatan penghantaran untuk usahawan industri dan sederhana (IKS) yang menjual keperluan bulan puasa dan hari raya di aplikasi Grab. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Promosi keperluan Aidilfitri

Sempena sambutan Aidilfitri, Grab menawarkan promosi dan penjimatan sehingga 30 peratus. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai keperluan harian dan hari raya menerusi aplikasi Grab seperti pakaian, kurma mahupun kuih raya. Promosi terkini dan maklumat lanjut boleh dilihat di laman Facebook Grab atau rujuk di sini.



Tebus GrabRewards untuk menderma

Tidak ketinggalan Grab turut membuka ruang kepada pengguna untuk menderma kepada golongan yang memerlukan. Dengan menggunakan GrabRewards, penguna boleh menebus 600 mata ganjaran mereka yang bersamaan dengan sumbangan sebanyak RM 5. Sumbangan akan diserahkan kepada badan bukan kerajaan yang terpilih, antaranya Persatuan Orang Pekak Malaysia, Pertiwi Soup Kitchen dan Islamic Relief Malaysia.

Dengan insiatif daripada Grab, pengguna boleh manfaatkannya sepanjang PKP dan Ramadan ini. Dalam sibuk pilih makanan untuk berbuka di e-bazar jangan lupa beramal jariah juga. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Grab.

Tags: GrabPerintah Kawalan Pergerakanramadan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kempen Ramadan Grab mudahkan masyarakat beli juadah iftar dan bantu usahawan IKS serta NGO

Kempen Ramadan Grab mudahkan masyarakat beli juadah iftar dan bantu usahawan IKS serta NGO

30 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER