Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

KWSP Mulakan Pembayaran i-Lestari, Secara Berperingkat, Bermula Hari Ini

Berita baik buat pemohon i-Lestari KWSP, pihak berkenaan memberitahu akan mula membuat pembayarannya bermula hari ini. Jelas mereka, pemohon yang terlibat akan diberitahu melalui portal dalam talian i-Akaun sejurus pembayaran dibuat.

Walau bagaimanapun, bilakah wang akan boleh dikeluarkan adalah tertakluk kepada secepat manakah bank memprosesnya. Sepatutnya, ia memakan masa tak lebih daripada 3 hari bekerja.

Oleh sebab itu, KWSP mengingatkan pemohon yang akan ada penerima i-Lestari, wangnya dikreditkan agak lewat. Mereka menjangkakan semua proses pengkreditan akan selesai dalam masa 2 minggu.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan inisiatif i-Lestari iaitu program yang bolehkan pencarum mengeluarkan tunai RM500 daripada Akaun 2 setiap bulan bermula Mei hingga Disember 2020. Ia bagi memperkukuh aliran tunai rakyat dikala wabak COVID-19 ini.

Terdapat dua cara untuk memohon i-Lestari sewaktu tempoh PKP iaitu secara dalam dalam talian (e-mel dan i-Akaun), ataupun secara borang fizikal.

Dalam hal yang berkaitan, KWSP juga mengumumkan yang perkhidmatan pengeluaran simpanan untuk pencarum yang berumur 50, 55, dan 60 akan disambung 6 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, hanya KWSP yang berada di negeri yang menjalankan PKP Bersyarat sahaja akan menawarkan pengeluaran kerana di lokasi lain, pejabat KWSP-nya masih ditutup.

Bersama-sama perkhidmatan tersebut, mereka turut menyambung semula servis pengaktifan i-Akaun.

Sumber: BorneoPost, MalayMail

BACA  Lebih banyak imej Galaxy Note 20 dikongsikan, cuba anda lihat bonjolan kameranya