• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengumuman hariannya hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, orang ramai dibenarkan untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini. Peraturan yang mengehadkan pergerakan orang ramai di dalam radius 10km semasa PKP dahulu, tidak lagi terpakai di bawah PKPB.

Bagaimanapun, orang ramai masih tidak dibenarkan bergerak merentas negeri semasa PKPB.



“Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Tidak ada lagi. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang. Masih belum dibenarkan dalam PKPB ini,” katanya pada sidang medianya di Putrajaya hari ini.

Tiada lagi 10km radius perjalanan dalam peraturan #PKPB , namun rentas negeri masih belum dibenarkan – Ismail Sabri pic.twitter.com/nNb7WQuRLr

— BERNAMA (@bernamadotcom) May 4, 2020

Beliau telah berkata minggu lepas, orang ramai akan diberi kebenaran untuk bergerak merentas negeri satu kali, kepada mereka yang pulang ke kampung sebelum PKP berkuatkuasa. Pergerakan ini memerlukan orang ramai memohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia, dan menuruti jadual yang ditetapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).



Permohonan untuk bergerak merentas negeri boleh dilakukan dari 4 hingga 6 April, di aplikasi Gerak Malaysia. Manakala pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

Sumber: Berita Harian

Tags: Ismail SabriPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama

PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama

4 May 2020
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN